Siapa sahaja yang tidak mengidamkan untuk mempunyai warna mata yang cantik persis artis Hollywood lebih lagi buat kaum wanita yang begitu sukakan kecantikan dan keunikan kan? Tapi zaman serba moden ini anda cakapkan sahaja warna mata apa yang anda mahukan dan tidak boleh dapatkan? Setiap boleh tukar-tukar warna lagi  tau setiap hari!

Kami tahu anda pasti sudah dapat menganggak apa agaknya yang anda boleh lakukan bagi mendapatkan warna mata idaman anda itu. Sudah semestinya dengan bantuan kanta lekap atau contact lens berwarna!

Daripada yang betul-betul rabun sehinggalah yang menggunakannya hanya sebagai alat kecantikan untuk menyempurnakan lagi make up yang telah disolek di wajah. Tapi tahukah anda menurut sebuah kajian, kira-kira 125 juta orang di seluruh dunia yang menggunakan contact lens tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan? Dan tahukah anda juga tidak semua orang yang memakai contact lens ini tahu cara yang betul untuk memakai dan menjaga contact lens?

Ramai yang menyedari akan bahayanya penggunaan contact lens ini jika tidak diggunakan dengan betul dan boleh menjadi penyebab mereka mengalami risiko buta dan jangkitan kuman pada mata mereka tetapi ramai yang mengambil sikap sambal lewa sahaja. Tidak kisahlah sama ada anda baru atau sudah lama memakai contact lens, pastikan anda mengetahui langkah-langkah yang betul penggunaan contact lens seperti ini :

CARA PENJAGAAN CONTACT LENS YANG BETUL

#1. PASTIKAN TANGGAN BERSIH SEBELUM MEMAKAI

Jika anda ingin memakai contact lens, pastikan anda mengambil kisah yang lebih berkenaan kebersihan anda ya!

Basuh tangan anda menggunakan sabun penghapus kuman bagi mengelakkan kuman yang ada pada tangan anda terkena pula kepada contact lens anda dan elakkan menggunakan sabun yang mempunyai bauan dan berminyak.  Tetapi sebelum itu pastikan anda keringkan tangan terlebih dahulu ya menggunakan kain bersih sebelum memakai contact lens!

#2. JANGAN TIDUR DENGAN CONTACT LENS!

Sama seperti rutin penjagaan wajah kita sebelum tidur untuk sentiasa memastikan make up yang dipakai sepanjang hari itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum tidur, begitu jugalah dengan penggunaan contact lens.

Pastikan anda sentiasa memastikan anda tidak tidur dengan keadaan contact lens masih di kornea mata anda walaupun anda letih dan malas macam mana sekali pun pada hari itu untuk berbuat demikian kerana tidur dengan memakai contact lens akan membuatkan jangkitan kuman pada mata anda 6 sehingga 8 kali lebih cepat!

Tiada istilah tidur memakai contact lens boleh bagi mimpi anda kelihatan HD ya!

#3. BUAT JADUAL UNTUK TUKAR CONTACT LENS ANDA!

Okay yang ini amat penting untuk anda yang selalu memakai contact lens untuk lakukan!

Pastikan anda selalu menukar contact lens apabila sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada mata anda kerana durasi pemakaiannya berbeza mengikut jenis contact lens yang anda pakai. Walaupun sebaik mana pun anda menjaganya, contact lens anda itu masih perlu untuk digantikan dengan yang baru.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh portal myhealth.gov, selepas sesuatu tempoh contact lens yang anda gunakan itu akan berubah bentuk dan sifatnya. Bukan setakat berubah bentuk serta sifatnya sahaja bahkan deposit dan kotoran telah banyak melekat pada permukaan contact lens anda. Jika ia berlaku, ia boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapatkan penyakit mata dan berasa kurang selesa.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah "Tangga" Ke Universiti Al-Azhar

Pastikan anda mengetahui jenis contact lens yang anda gunakan supaya anda boleh menggantikannya dengan yang baru apabila tiba masanya seperti :

  • DAILY DISPOSABLE LENSES : dIbuang selepas satu hari anda memakainya. Risiko untuk mendapatkan jangkitan kuman dikatakan paling rendah dengan pemakaian contact lens jenis ini kerana anda akan sentiasa akan menggantikannya.
  • DISPOSABLE LENSES : dibuang dan digantikan pada setiap dua minggu atau setiap bulan anda memakainya.
  • FREQUENT REPLACEMENT LENSES : dipakai dan dibuang selepas satu bulan.
  • CONVENTIONAL LENSES : dibuang dan digantikan pada setiap tahun. Contact lens jenis ini akan lebih menjimatkan duit anda kerana tidak perlu menggantikan dengan yang baru tetapi pastikan anda menjaganya dengan baik dan sentiasa memastikannya bersih.
  • RGP : merupakan antara contact lens yang paling lama boleh bertahan iaitu sehingga dua tahun jika anda mematuhi syarat penjagaannya.

#4.  WAJIB TUKAR BEKAS CONTACT LENS SETIAP 3 BULAN

Bukan sahaja contact lens yang anda perlu jaga kebersihannya dan menggantikan yang baru tetapi bekas untuk anda mengisi contact lens itu juga wajib untuk anda memastikannya dalam keadaan yang bersih tau!

Sebaiknya anda menggantikan bekas anda meletakkan contact lens anda itu setaip 3 bulan sekali. Ini kerana bakteria juga boleh berkumpul dan memberi effect kepada kualiti contact lens anda jika bakteria berkumpul di dalam bekas itu.

Jika anda berasa pedih atau berasa tidak kena dengan mata anda selepas memakai contact lens walaupun ianya merupakan contact lens yang anda baru sahaja beli beberapa hari yang lepas, pastikan anda check semula bekas anda mengisi contact lens itu kerana ianya mungkin disebabkan oleh bekas itu.

#5. JANGAN RENDAM CONTACT LENS ANDA DENGAN AIR PAIP!

Memakai contact lens semuanya soal anda menjaga kebersihan jadi amat penting sekali untuk anda tidak sesuka hati merendam contact lens anda menggunakan air paip tetapi seeloknya rendamkan contact lens anda menggunakan cecair rendaman contact lens atau juga menggunakan larutan disinfeksi yang sesuai dengan contact lens yang anda gunakan.

Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis jenama yang ada menjual cecair khas bagi merendam dan membersihkan contact lens anda di kedai-kedai seperti Watsons dan Guardian dengan harga yang berpatutan.

Pastikan anda tidak sesekali menggunakan air paip untuk mencuci contact lens anda kerana ianya mungkin mengandungi molekul-molekul merbahaya yang ada di dalamnya dan mungkin boleh memberikan jangkitan yang bahaya kepada mata kita. Anda juga dinasihatkan supaya tidak membasuh bekas untuk mengisi contact lens anda menggunakan air paip.

#6. JANGAN MANDI DENGAN MEMAKAI CONTACT LENS

Ingat, jangan sesekali anda mandi. berenang atau memasuki tub mandian dengan memakai contact lens kerana dengan memakai contact lens semasa mandi boleh menyebabkan bakteria yang terdapat pada air mandian itu berpindah ke mata anda pula. Ia juga boleh menyebabkan anda mengalami risiko masalah mata yang lebih teruk!

BACA JUGA :   Kenapa ibu bapa perlu hantar anak-anak ke Madrasah Daulah

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR MATA ANDA SEBELUM MEMAKAI

Sebelum mengambil keputusan untuk memakai contact lens bagi sesebuah tempoh yang lama kerana anda tidak mahu memakai cermin mata, seeloknya anda mendapatkan nasihat dari doktor mata terlebih dahulu.

Pemeriksaan dengan doktor mata ini sangat penting kerana daripada nasihat mereka, anda boleh mengetahui kanta sesuai yang baik yang mampu memberikan keselesaan kepada anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pemeriksaan mata secara komprehensif untuk memeriksa kesihatan keseluruhan mata anda serta anda juga boleh mendapatkan konsultasi mengenai contact lens.

Melalui konsultasi yang anda lakukan bersama doktor mata anda ini lah yang dapat menentukan jenis contact lens yang bersesuaian yang untuk kegunaan harian atau mingguan anda. Ianya amat penting sekali untuk mengetahui sama ada anda mempunyai keadaan mata tertentu seperti astigmatisme atau sindrom mata kering bagi membolehkan doktor mata anda mencadangkan secara spesifik bagi jenis atau jenama yang bersesuaian untuk keselesaan optimum dan keperluan penglihatan anda.

DOKTOR TERBAIK

Optometris atau doktor mata inilah yang bertanggungjawab dalam membantu anda mengenai pemasalahan yang berkaitan dengan mata dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kami yakin setiap doktor yang ada di dunia ini ingin memberikan hanya yang terbaik buat pesakit mereka yang memerlukan dan tahukah anda kuota bagi profesi doktor dan juga dalam bidang perubatan yang lain dijangka akan terus meningkat di seluruh negara walaupun keadaan ekonomi yang menunjukkan pergerakan yang agak perlahan?

Anda memasang impian untuk menjadi salah seorang doktor yang baik dan berdedikasi? Tidak tahu ke mana tempat yang sesuai untuk anda pergi untuk mendapatkan pendidikan perubatan yang sesuai? Anda memasang cita-cita untuk menjadi bakal doktor daripada lepasan universiti terkenal dunia?

Usah risau lagi kerana kami akan membantu merealisasikan impian anda untuk mendapatkan pendidikan dalam bidang perubatan bertaraf antarabangsa!

#DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD

Anda berminat untuk melangkah masuk ke universiti perubatan terkenal dunia? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult anda sudah selangkah untuk menjadi pelajar perubatan universiti terbaik dunia kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke sana serta turut menyediakan khidmat konsultan buat anda secara percuma.

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

BERMINAT?

Daulah Educonsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here