Kurang daripada 2 minggu lagi cuti sekolah akan berakhir dan anak anda akan kembali ke rutin asal. Bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah. TAPI, nak pastikan anak-anak bangun pagi adalah satu kerja yang menuntut komitmen tertinggi untuk para ibu.

Mengejutkan anak untuk ke sekolah adalah satu perjuangan yang hanya akan dirasai oleh para ibu. Kadang-kadang, satu rumah akan akan bergegar dengan jerit pekik suara ibu untuk mengejutkan anak-anak bangun pagi.

Untk para ibu di luar sana, jangan risau! Kami akan memberikan tips dan petua yang boleh anda gunakan bagi memastikan anak-anak anda bangun pagi dengan ceria tanpa perlu mengorbankan suara tinggi anda.

#1. Masakkan Sarapan Kegemaran Mereka

Antara cara yang paling berkesan untuk memastikan anak anda melakukan perkara yang anda nak adalah dengan memberikan ‘umpan’. ‘Umpan’ yang paling mudah? Masakkan mereka makanan yang mereka suka.

Katakana yang anda akan masakkan mereka sarapan yang menjadi kegemaran mereka sekiranya anak-anak anda boleh bangun pagi. Mereka akan lebih teruja untuk pagi memandangkan akan ada kejutan untuk mereka.

BACA JUGA :   Tips Untuk Muat Turun Gambar Resolusi Tinggi Di WhatsApp

#2. Buka Lampu!

Anda dah kehabisan menu sarapan untuk dijanjikan kepada anak-anak anda? Tak perlu risau! Ada lagi cara lain yang boleh anda buat untuk kejutkan anak anda. Yang paling mudah? Buka saja lampu bilik mereka.

Bila anda bangun untuk bersiap, pergi ke bilik mereka dan buka lampu mereka dan juga pintu bilik. Dengan cara ini, mereka akan lebih mudah untuk bangun dari tidur dengan sendiri.

Cara ini juga sangat sesuai untuk melatih anak-anak anda bangun pagi dengan sendiri. Tak perlu susah-susah untuk anda menjerit setiap pagi.

#3. Biar Anak-Anak Bersaing

Kalau anda ada anak-yang ramai, yang paling mudah dan berkesan adalah wujudkan persaingan; siapa yang bangun paling awal antara anak-anak anda. Jadikan ia satu pertandingan di rumah anda.

BACA JUGA :   Menghindari Kulit Bayi yang Sensitif: Panduan yang Harus Diketahui

Siapa yang bangun paling awal dan paling kerap, berikan ganjaran yang sesuai untuk anak anda. Mungkin duit belanja ekstra atau pun bawa mereka bercuti ke mana-mana yang sesuai.

Dengan tipa-tips yang diberikan ini, anda tak perlu lagi perlu menjerit tiap-tiap pagi untuk pastikan anak-anak and bersedia untuk ke sekolah. Anak-anak anda juga akan lebih bersemangat setiap pagi untuk bangun awal dan bersiap.

Ikhtiar Khasiat Herba Bidara Dengan Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah

Tahukah anda herba bidara bukan sahaja digunakan untuk menghalau mahluk halus tatpi juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan?

Kini, khasiat herba bidara boleh anda dapati dalam bentuk gel mandian dengan produk Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah. Hanya yang berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Maklumat lanjut boleh berhubung melalui talian:

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here