Bagi anda yang suka melancong, mungkin artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memilih tempat yang sesuai. Tidak kira sama ada anda melancong bersama pasangan, keluarga mahupun solo. Pengalaman berada di negara orang adalah tunjang utama yang anda inginkan. Bagi anda yang sukakan keindahan alam, pastinya tempat ini menarik minat anda.
Demam korea ini dilihat sebagai tiada surutnya bagi rakyat tempatan. Kini, cara pemakanan juga telah diserapkan dalam budaya Malaysia. Ini membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman merasai makanan Korea. Namun di sini, kita akan menceritakan keunikan Pulau Jeju.
Pasti anda tidak sabar ingin ke sini bukan?
Sedikit pengenalan mengenai Korea, terdapat dua wilayah yang ditadbir oleh pemimpin yang berbeza iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Koreal selatan kini dibawah pimpinan Moon Jae-in manakala Korea Utara ialah Kim Jong Un. Jom ketahui tempat menarik lebih lanjut di bawah.
#1. Jeongbang Waterfall
Air terjun ini turut mempunyai keunikan yang tersendiri. Air terjun ini merupakan satu-satunya air terjun di Asia yang menghadap laut. Keunikan inilah antara tarikan utama ke Pulau Jeju. Bagi anda yang ingin ke sini, bayaran akan dikenakan sebanyak 2000 won (RM 7.45).
Bagi anda yang menginap di Seoul, masa perjalanan memakan masa sehigga sejam dengan menaiki kapal terbang. Anda seeloknya menginap terus di Pulau Jeju bagi menjimatkan kos pengangkutan.
#2. Gunung Hallasan
ihsan video:petrasis12010
Bagi anda yang sukakan cabaran dan ingin menguji ketahanan badan anda, Gunung Hallasan di Pulau Jeju adalah tempat yang sesuai. Gunung Hallasan merupakan gunung yang tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1,950 meter. Gunung Hallasan juga juga merupakan antara lambang gunung di Korea Selatan.
Jika ingin melihat matahari terbit, anda wajib ke gunung ini!
#3. Camellia Hill
Bagi pelancong yang sukakan flora terutamanya wanita pastinya mencari tempat buat anda “selfie”. Kawasan Camelia Hill ini seakan akan membawa anda kedalam dunia fantasi. Terdapat banyak bunga yang ditampilkan di sini. Anda juga boleh melancong ke sini walaupun pada musim sejuk kerana bunga ini tetap kekal mekar.
Banyak lagi keunikan yang terdapat di Pualau Jeju mahupun di Korea. Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai Korea, boleh ikuti pekembangan negara K-pop di Tourism Korea.