Kerajaan hari ini mengumumkan berita baik khas buat keluarga miskin  tegar dan miskin apabila kerajaan telah melancarkan sebuah program baru yang diperkenalkan sebagai ‘eKasih.’ Program baru yang diperkenalkan kepada keluarga miskin tegar dan miskin ini akan memberikan Rebat Bil Elektrik berjumlah RM40 kepada 185, 000 keluarga yang telah berdaftar dan disahkan melalui sistem eKasih yang akan bermula pada 1 Januari nanti.

MESTECC telah mengesahkan perkara ini dengan berkata bahawa program Rebat Bil Eleketrik RM40 ini merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan secara bersasar khas kepada keluarga yang layak.

Keluarga miskin tegar dan tegar yang telah berdaftar melalaui Sistem eKasih ini bakal menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 sebulan bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka setiap bulan.

“Di bawah program ini, ketua isi rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan, bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka.

“Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM40 sebulan, secara automatik ketua isi rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya,” menurutnya.

BACA JUGA :   "Dhaka Medical College" Pilihan Bakal Mahasiswa Perubatan kini

MESTECC menjelaskan bahawa jika penggunaan elektrik isi rumah mereka yang layak menerima rebat ini melebihi RM40, mereka hanya perlu membayar baki bil yang tinggal selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40 itu.

Semakan bagi kelayakan program eKasih dan kelayakan menerima bantuan rebat bil RM40 ini boleh dilakukan di Portal MESTECC atau anda boleh juga menghubungi My Government Call Centre (MyGCC) melalui talian 03- 8000 8000.

Selain itu, anda juga boleh menyemak kelayakan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan menghubungi Careline di talian 1-300-88-5454 atau terus membuat semakan di Kedai Tenaga yang berdekatan dengan anda.

Buat anda yang berada di Sabah, anda boleh menghubungi talian Helpline Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di 088-515000 / 15454. Manakala buat anda yang menetap di Sarawak, anda bolehlah menghubungi talian Customer Care Sarawak Energy Berhad (SEB) di talian 1-300-88-3111.

BACA JUGA :   ANUGERAH OSCAR TANPA PENGACARA PADA TAHUN INI

Jika anda telah membuat pendaftaran untuk Program eKasih namun tidak layak untuk menerima rebat selepas membuat semakan, anda diminta untuk merujuk Pejabat Pembangunan Perssekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN / JPP) Unit Penyelerasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Oerdana Menteri (JPM) di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.

Tujuan program ini diadakan adalah sejajar dengan hasrat pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan serta kualiti hidup rakyat seperti yang telah dibentangkan melalui Bajet 2019 pada bulan lalu.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program baru yang diperkenalkan oleh kerajaan yang akan mula dikuat kuasakan pada 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 sekaligus menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20  sedia ada yang akan tamat pada bulan Disember tahun ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here