Harga tol jika sebelum ini dapat dilihat kenaikan harganya dari saban tahun. Justeru telah menjadi persoalan bagi pengguna jalan raya yang sering berulang-alik dari kota ke desa. Seiring dengan itu, kerajaan telah mencuba sedaya mungkin bagi memenuhi segalan manifesto yang telah terkandung di dalam Buku Harapan.

Terbaru, kerajaan telah memutuskan bagi membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan membabitkan 12 lebuh raya di seluruh negara. Keputusan ini diambil setelah mengadalan mesyuarat cabinet pada 12 Disember lalu.

Berdasarkan maklumat daripada Bernama, pembekuan ini telah dianggarkan oleh kerajaan melibatkan kos bayaran pampasan yang berjumlah RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya berkenaan bagi tahun 2019. Ini secara tidak langsung telah memberi nafas lega kepada pengguna yang kerap kali menggunakan lebuh raya.

BACA JUGA :   Tun M ‘Backup’ Tindakan Guan Eng Buat Kenyataan Dalam Bahasa Cina

“Pembekuan komprehensif ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan bagi meringankan beban sara hidup yang dipikul oleh rakyat Malaysia,” ulas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain pembekuan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya secara komprehensif, turut dipersetujui pembekuan kadar tol bagi bas di lapan lebuh raya yang berasingan pada tahun yang sama begitu juga pemansuhan  tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang). Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) dan Lebuhraya Laluan Kedua di Johor bermula 1 Januari 2019.

Bagi pemansuhan tol agi pengguna motosikal di dua jambatan di Pulau Pinang dan Pautan Kedua di Johor dianggar memerlukan peruntukan RM 20 juta setahun daripada kerajaan untuk bayaran pampasan mulai 1 Januari 2019. Selain itu, pembekuan terhadap kenaikan kadar tol untuk kenderaan kelas 5 (bas) melibatkan anggaran kos sebanyak RM1.68 juta.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here