Perlindungan dari segi ketahanan badan sangat penting bagi setiap individu. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendapatkan suntikan awal bagi bayi yang baru lahir. Imunasasi amat diperlukan bagi kanak-kanak disamping pelbagai kuman yang mungkin dijangkiti sepanjang proses tumbesaran. Terkini, menurut sumber daripada Bernama, setiap kanak-kanak di Malaysia wajar diberikan imunisasi di mana-mana fasiliti kesihatan seluruh negara.

Virus mampu merebak dalam badan dalam waktu yang singkat. Sumber foto: Siraplimau

 

Perkhimatan vaksin ini disediakan di seluruh fasiliti kesihatan tidak temasuk Klinik Komuniti.  Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengulas bahawa ibu bapa yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah masih lagi boleh menerima suntikan imunisasi. Namun begitu, jika gagal mengemukakan kewarganegaraan perlu membayar caj perkhidmatan.

BACA JUGA :   Penjagaan Semasa Memakai Pendakap Gigi

Berdasarkan Perlaksanaan Caj Fi Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak di bawah Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014, caj bayaran yang bakal dikenakan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen yang sah sebagai warganegara adalah sebanyak RM 40 bagi sesi pendaftaran, perudingan, dan ubatan (dalam tempoh lima hari) manakala RM 40 bagi imunisasi.

Virus difteria. Sumber foto: Siakapkeli

Penydiaan vaksin buat bukan warganegara diambil setelah mendapat pertanyaan daripada Warisan-Kalabakan di mana pihak mereka bertanya kepada pihak kerajaan mengenai isu ini. Penyediaan vaksin kepada kanak-kanak secara tidak langsung dapat melindungi mereka dari terjebak sebarang penyakit mahupun virus.

Sumber video:NPR

Penyediaan vaksin ini juga telah disediakan dalam skala yang besar bagi menjamin kesihatan kanak-kanak. Dalam pada itu, kementerian turut mengalu-alukan mana-mana pihak sama ada agensi bukan kerajaan mahupun agensi antarabangsa atau organisasi korporat dalam usaha membantu kerajaan. Ini juga termasuk dari segi sokongan dana dalam meluaskan lagi liputan imunisasi.

BACA JUGA :   Kes Baharu COVID-19 Kembali Meningkat.

Pihak kerajaan jelas mengambil serius mengenai isu ini memandangkan suntikan difteria sahaja memakan belanja sebanyak RM 500. Seperti sedia maklum, wabak ini sangat bahaya bagi individu dan kerajaan memandang serius bagi jangka masa yang panjang dan turut berharap agar kos imunisasi ini dapat diringankan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here