Terdapat kira-kira 7,099 jenis bahasa yang digunakan di seluruh negara dan jumlah ini dikatakan akan terus berkembang dari semasa ke semasa memandangkan bahasa baharu di dunia akan terus muncul setiap hari. Berlainan etnik mempunyai dialek dan keistimewaan mereka yang tersendiri yang seharusnya diperlihara daripada pencemaran bahasa yang telah dimoden kepada singkatan yang tidak sepatutnya.
Jika anda tidak tahu, benua Asia mempunyia peratusan terbesar daripada segi bilangan bahasa yang diucapkan iaitu sebanyak 32% manakala peratus bilangan bahasa yang diucapkan di Amerika pula hanya 15% dan Eropah hanya 4% sahaja. Statistik turut menunjukkan bahawa Asia mempunyai lebih 2,294 bahasa.
Jadi kami ingin bertanya kepada anda, berapa banyakkah jenis bahasa yang anda ketahui dan gunakan dalam percakapan seharian anda?
Mengetahui lebih daripada satu bahasa merupakan bonus yang sangat menguntungkan anda! Mungkin anda tidak mengetahui bila masanya bahasa itu boleh dan akan digunakan namun percayalah sebaik sahaja anda ingin menjejakkan kaki ke negara orang, skill bahasa negara lain ini akan sangat membantu dan memudahkan percutian anda nanti. Jadi tidak salah untuk anda mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa ibunda kita.
Tapi tahukah anda bahasa apa yang paling mudah untuk dipelajari di dunia ini? Di sini kami senaraikan 5 bahasa yang mudah dipelajari dan mungkin akan menjadi pilihan anda untuk mempelajarinya sebagai bahasa kedua atau ketiga?
#1. BAHASA INGGERIS
Siapa sahaja yang tidak mempelajari dan mengetahui bahasa ini kan? Sejak daripada sekolah tadika lagi kita sudah didedahkan dengan bahasa ini dan telah dijadikan antara bahasa penting yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM juga.
Adakah anda setuju dengan kami dengan mengatakan bahasa Inggeris ini merupakan bahasa paling mudah untuk dipelajari?
Memang tidak dinafikan penguasaan bahasa dunia ini sangat penting untuk kita pelajari dan kuasai kerana ianya merupakan bahasa yang digunakan oleh seluruh negara secara meluas dalam percakapan harian. Mempelajari bahasa Inggeris juga merupakan laluan yang akan membantu anda untuk mendapatkan peluang pekerjaan dunia dan juga melancong.
Mungkin ada di antara anda di luar sana yang mengatakan bahasa Inggeris ini sukar untuk pelajari hanya kerana tidak menguasai dan memahami penggunaan ‘grammar’ yang betul tetapi percayalah apabila anda sudah mula menguasai dan memahami penggunaannya, anda pasti akan merasakan bahasa ini sebenarnya sangat mudah untuk dipelajari!
Untuk memudahkan anda untuk mempelajari bahasa Inggeris, anda boleh menggunakan kaedah menonton filem Inggeris, mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris dan memperbanyakkan membaca bahan bacaan Inggeris setiap kerana dalam anda tidak sedar, kaedah ini akan sangat membantu anda dalam menguasainya.
#2. BAHASA PERANCIS
Bahasa Perancis? Ya, bahasa Perancis!
Kami percaya pasti ramai di antara anda yang tidak mempercayai kedudukan kedua bagi bahasa yang mudah untuk dipelajari ini merupakan bahasa Perancis kan tetapi itulah kenyataannya kerana ramai yang mengatakan bahasa Perancis ini sukar untuk dipelajari kerana anda harus mengetahui ‘jantina’ bagi setiap barang yang ingin disebut bagi menentukan kosa kata ‘le, la, un, une’ dan lain-lain yang betul.
Namun bahasa Perancis ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan amat seronok untuk dipelajari. Memilik kira-kira 100 juta pengguna bahasa ini di dunia dan dijadikan bahasa rasmi kepada 28 negara di dunia ini. Jika anda tidak ketahui, bahasa Perancis ini mempunyai persamaan yang banyak dengan bahasa Inggeris termasuklah kosa kata dan penggunaan perbendaharaan kata.
Jika anda mempelajari bahasa Perancis, ianya merupakan langkah terbaik yang anda lakukan kerana anda bukan sahaja akan mengetahui bahasa Perancis tetapi anda juga akan mudah untuk memahami bahasa lain seperti bahasa Sepanyol, Itali dan Portugis juga!
Cuba anda bayangkan berada di kota Paris dan berkomunikasi dengan bahasa dengan masyarakat setempat, pasti anda akan bangga dengan diri sendiri!
#3. BAHASA SEPANYOL
Amerika merupakan negara yang boleh dikatakan amat menitik beratkan penggunaan bahasa Sepanyol ini sebagai bahasa kedua mereka. Seperti negara kita yang menekan bahasa Inggeris dan menjadikan bahasa Inggeris antara pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar, di Amerika pula pelajar-pelajar wajib untuk mempelajari bahasa Sepanyol ini.
Kini bahasa ini telah menjadi bahasa kedua kepada lebih 20 negara di seluruh negara. Menguasai bahasa Sepanyol akan memberi anda akses kepada dunia kerana bahasa ini telah gunakan lebih 410 juta orang di dunia ini. Difahamkan juga bahawa pada tahun 2050 nanti, Amerika akan menjadi negara bilingual yang akan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol.
Bahasa Sepanyol akan dianggap mudah jika anda sudah benar-benar menguasai bahasa Inggeris walaupun struktur tatabahasa dan nahu sedikit berbeza dari bahasa Inggeris tetapinya lebih mudah. Kedua-dua bahasa ini mempunyai akar Latin. Seperti bahasa Perancis, bahasa Sepanyol ini juga akan memudahkan anda untuk mempelajari bahasa lain yang seakan sama seperti bahasa Perancis, Itali dan Portugis.
Ada juga orang yang menggelarkan bahasa Sepanyol ini sebagai “language of love” atau “bahasa cinta.”
#4. BAHASA ITALI
“Spaghetti, pizza”
Itulah antara perkataan yang berasal daripada Itali yang sering kita guna pakai apabila ingin memesan makanan di kedai makan kan? Secara tidak sedar sebenarnya kita telah menjadikan bahasa Itali ini sebagai bahasa perantaraan dalam kehidupan seharian kita.
Bahasa Itali ini seakan sama dengan bahasa Perancis dan Sepanyol tetapi ianya dalam bentuk kata kerja yang lebih sederhana berbanding dua bahasa lain itu.
Kini kira-kira sebanyak 125 juta orang menggunakan bahasa Itali ini dan lebih 25 buah negara seperti Swiss, Argentina dan Malta menggunakan bahasa Itali sebagai bahasa pengantaraan mereka. Walaupun lebih 17 juta orang Amerika mengakui bahawa mereka berketurunan Itali namun tahukah anda hanyai 1 juta sahaja orang Itali-Amerika yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Itali dengan lancar?
Oleh disebabkan mereka berbangga dengan keturunan Itali-Amerika yang mereka miliki, bahasa Itali ini telah menjadi antara bahasa asing keempat yang paling banyak dipelajari di kolej dan universiti di sana berbanding bahasa Perancis dan Jerman.
#5. BAHASA PORTUGIS
Bahasa Portugis mempunyai struktur kata dan tatabahasa yang berlainan dengan bahasa Inggeris namun ianya lebih mudah berbanding bahasa Inggeris. Aksen bagi bahasa Portugis ini mempunyai lebih banyak persamaan dengan bahasa Inggeris Amerika berbanding bahasa Sepanyol.
Bahasa ini merupakan bahasa keenam yang paling banyak diguna pakai di dunia dengan lebih 220 juta orang menggunakan bahasa ini yang kebanyakkannya berasal daripada Portugal, Brazil dan juga Mozambique.
Jika anda sudah menguasai bahasa ini, barulah anda boleh mendalami kesasteraan dan puisi oleh Frenando Pessao, Almeida Garrett, Ferreira Gullar dan banyak lagi sasterawaan tanpa sebarang halangan ketidak fahaman bahasa!
SIAPA KATA SUSAH UNTUK NAK BELAJAR BAHASA LAIN?
Jika anda menyangka bahawa mempelajari bahasa asing merupakan satu kesukaran, ternyata pandangan anda itu harus dibuang jauh kerana tidak semua bahasa di dunia ini susah untuk dipelajari. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa bahasa yang sukar di pelajari seperti bahasa Arab, Jepun, Korea dan Mandarin tetapi jika anda berusaha untuk mendalami bahasa-bahasa ini, tiada apa yang mustahil untuk anda! Usahakan tangga kejayaan!
Amat penting sekali untuk kita mengetahui sekurang lebih daripada 2 jenis bahasa lebih lagi kita tinggal Bersama masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Tidak salah jika anda mula mempelajari bahasa yang mudah seperti yang telah kami senaraikan di atas dan seterusnya secara perlahan-lahan cuba menguasai bahasa yang sukar pula untuk mencabar diri anda.
KELAS BAHASA AMAT MEMBANTU ANDA!
Penting untuk anda menghadiri kelas atau kursus bahasa bagi terus mengasah kebolehan anda memahami dan berkomunikasi dalam bahasa asing. Walaupun terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk mempelajari bahasa yang anda minati menerusi filem, lagu dan Youtube tetapi anda akan lebih memahami jika anda mengikuti kelas-kelas bahasa yang ada.
Tidak tahu di mana yang sesuai untuk anda mempelajari bahasa? Jangan risau kerana kami ada pilihan kursus bahasa yang terbaik buat anda semua!
DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD
Daulah Educonsult akan membantu anda untuk mempelajari bahasa-bahasa yang anda idamkan untuk pelajari selama ini dengan cara yang lebih menyeronokkan!
“Bagaimana caranya tu?”
Dengan perkhidmatan dari Daulah Educonsult, anda akan mempelajari kursus bahasa yang ditawarkan bukan di sini tetapi mereka akan menerbangkan anda terus ke negara yang ditawarkan kursus bahasa itu! Menarik bukan?
Daulah Educonsult menawarkan kepada anda pelbagai pilihan kursus bahasa dan antaranya ialah kursus bahasa Arab yang merupakan bahasa kedua sukar untuk dipelajari. Tetapi anda usah risau kerana jika anda memilih Daulah Educonsult, anda pasti akan fasih berbahasa Arab selepas ini!
Bukan sahaja menawarkan kursus bahasa Arab tetapi Daulah Educonsult turut menawarkan kursus bahasa Korea khas buat mereka yang meminati dan menggilai ‘oppa-oppa dan unnie-unnie’ daripada negara kimchi itu.
TUNGGU APA LAGI?
Jadi tunggu apa lagi? Mari daftar ke kusus bahasa Arab dan kursus bahasa yang lain bersama Daulah Educonsult untuk mengetahui harga istimewa yang kami tawarkan kepada anda!