Ahlan wasahlan, Selamat Datang!

Mempelajari sesuatu bahasa sangatlah digalakkan bagi setiap indvidu. Di Malaysia sendiri telah memperkenalkan pelbagai kelas bahasa. Menariknya kali ini, kita akan membincangkan mengenai kelebihan menguasai Bahasa Arab.

Salah satu cara penyampaian dalam bahasa arab. Video ihsan daripada: budak nakal.

#1. PELUANG PEKERJAAN

Mempelajari bahasa arab juga membolehkan anda menguruskan jemaah umrah atau haji. Sumber foto: Indahnya Islam

Menguasai bahasa arab membolehkan anda menjadi penterjemah rasmi dalam sesuatu urusan korporat mahupun melibatkan negara dari Timur Tengah. Melalui ini, anda juga dapat menjadi orang penting di Makkah seperti petugas haji dan mutawif umrah. Mempelajari bahasa arab merupakan satu kelebihan bagi individu.

#2. BAHASA AL-QURAN

Belajar bahasa arab juga membolehkan anda lebih mengetahui makna Al-Quran. Sumber foto: tanwir.my

Selain mendapat ilmu bahasa dengan belajar bahasa arab, anda juga selangkah mendekati Al-Quran Kareem. Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam secara keseluruhannya. Memahami bahasa arab secara tidak langsung membolehkan kita untuk lebih memahami bahasa syurga ini.

BACA JUGA :   Rasai Pengalaman Belajar Bahasa Arab di Timur Tengah.

#3. “SIDE INCOME”

Terdapat cara untuk menambah pendapatan sampingan antaranya dengan bahasa arab. Menjadi jurubahasa bukanlah perkara yang mudah tetapi tidak mustahil selagi anda mempunyai semangat berdaya saing. Sebagai jurubahasa, anda secara tidak langsung memberi imej yang baik kepada organisasi luar.

#4. PENSYARAH

Menjadi tenaga pengajar merupakan satu pekerjaan yang mulia dalam membimbing bangsa. Sumber foto: pascasiswazah.

Menjadi tenaga pengajar bahasa arab di institusi mahupun sekolah adalah satu peluang yang beharga. Menjadi pensyarah membolehkan anda mencurahkan ilmu kepada murid dan membolehkan anda menguatkan daya ingatan mengenai bahasa arab.

Selain itu, anda juga berpeluang menghasilkan buku sendiri mengenai bahasa arab. Boleh juga menjadi tutor bahasa di kelas tuisyen.

#5. SAMBUNG BELAJAR

Sambung belajar di Universiti Al-Azhar juga merupakan peluang yang sukar dilepaskan. Sumber foto: mynewshub

Menuntut ilmu adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam. Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke negara timur tengah, anda berada di laluan yang betul. Jika anda mempunyai kemahiran asas mengenai bahasa arab, anda boleh mengasah lagi kosa kata anda dengan bertutur dengan mesyarakat tempatan di sana.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawarkan Universiti yang Masih Buka Permohonan untuk sesi 2022

Bertutur dengan masyarakat di sana membolehkan anda lebih berdisiplin dalam bertutur bahasa arab. Mana tahu jika suatu hari nanti anda menjadi penterjemah rasmi antara Malaysia dan negara timur tengah.

Tawaran belajar bahasa arab Daulah Educonsult kini masih dibuka. Sumber foto: Daulah Educonsult

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini dan belajar bahasa arab sekarang!

Berminat untuk mempelajari bahasa arab? Daulah Educonsult sekarang ini membuka tawaran bagi mana-mana pelajar yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang bahsa arab ke timur tengah.

Ketahui  lebih lanjut mengenai kemasukan belajar bahasa arab di bawah Daulah Educonsult di sini. Bagi adik-adik yang berminat untuk ketahui lebih mendalam, boleh terus mendaftar dengan Daulah Educonsult di sini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here