Setiap perayaan pasti mempunyai makna yang tersirat bagi mereka yang menyambut. Perayaan juga bergantung kepada agama yang dianuti oleh individu. Kali ini kita akan ketahui tradisi yang diamalkan oleh Idonesia. Indonesia merupakan negara yang serumpun dengan Malaysia namun mempunyai banyak lagi keunikan yang belum diterokai.

#1. PERAYAAN NATAL DI JOGJAKARTA

Sumber foto: tribunews.com

Bagi penganunt yang beragama Kristian, Hari Natal atau Hari Krimas merupakan hari yang akan diraikan dengan memberi hadiah kepada mereka yang tersayang. begitu juga dengan masyarakat Kristian di Indonesia. Namun begitu, terdapat sedikit kelainan di negara ini iaitu terdapat satu tradisi wayang kulit.

Menarik bukan. Wayang kulit akan dibuat di mana ianya mengisarkan Jesus yang berkorban untuk rakyatnya. Ini adalah salah satu cara bagi penyampaian cerita melalui wayang kulit kepada generasi baharu. Aktiviti wayang kulit ini hanya disambut oleh masyarakat Jogja sahaja.

Di gereja mereka juga akan turut menyaksikan paderi akan memakai pakaian rasmi masyarakat Jogjakarta sambil memimpin yang lain beribadat.

#2. PERAYAAN NATAL DI PAPUA

Sumber foto: tribunews.com

Perayaan ini disambut lima hari sebelum perayaan rasmi Hari Natal iaitu 25 Disember setiap tahun. Bagi masyarakat Papua, mereka juga mempunyai keunikan yang tersendiri dalam meraikan Hari Natal.

BACA JUGA :   Top-Rated Destinasi Pelancongan Di Indonesia

Masyarakat Papua akan mengumpulkan batu di sebuah kawasan yang lapang. Batu yang dikumpulkan ini kemudiannya akan dibakar sebelum meletakkan sebarang bahan masakan di atasnya. Tidak kira sama ada bahan masakan itu terdiri dari bahan mentah, sayur-sayuran dan banyak lagi.

Kemudian, kesemua bahan ini akan ditutupi dengan batu semula. Diletakkan juga kayu bagi memudahkan api naik pada bahagian batu tersebut. Proses meletakkan batu ketika aktiviti membakar ini akan membolehkan api tahan lebih lama.

Setelah siap, segala jenis hidangan akan disajikan dan dimakan secara beramai-ramai.

#3. PERAYAAN NATAL DI MARBINDA, SUMATERA UTARA

Sumber foto:iamskills.com

Berlainan pula dengan masyarakat yang menyambut Hari Natal di Marbinda. Bagi masyarakat di Sumatera Utara, tradisi yang diambalkan oleh negara mereka adalah menyembelih haiwan. Perayaan ini boleh dikatakan sama dengan perayaan masyarakat Islam iaitu Aidiladha.

Antara haiwan yang akan dikorbankan kerbau mahupun khinzir. Selepas itu, haiwan ini akan dibahagikan kepada masyarakat Marbinda secara adil. Ini antara sebahagian tradisi yang telah lama dilakukan oleh masyarakat mereka.

#4. HARI RAYA AIDILFITRI DI KALIMANTAN

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti Luar Negara melalui Daulah Educonsult
Sumber foto:pontianaktribunews.com

Perayaan ini disambut selama seminggu menjelang Hari Raya Aidilfitri. Perayaan yang disebut itu adalah Meriam Karbit. Perayaan ini disambut oleh masyarakat Kalimantan Barat. Perayaan ini telah disambut lebih daripada 200 tahun dan tradisi ini akan tetap diteruskan.

Pada suatu masa dahulu, fungsi utama Meriam Karbit ini adalah untuk menghalau hantu kuntilanak mengikut kepercayaan masyarakat terdahulu. Namun selepas berdekad, Meriam Karbit ini disambut bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

#5. PERAYAAN WAISAK, BOROBUDUR

Sumber foto:kincir.com

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Budha yang menetap di Indonesia. Bagi pengunjung yang ingin ke sini digalakkan untuk menjaga kebersihan di kawasan ini. Tanglung ini akan dilepaskan pada waktu malam bagi menambahkan lagi kecantikan suasana di sekitar Borobudur.

Bagi anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke sini, tidak dapat dinafikan di mana terdapat banyak keunikan yang belum diterokai oleh pelancong mahupun pelajar yang menyambung pengajian ke sini.

Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Indonesia boleh ketahui lebih lanjut dengan mendaftar di sini. Anda boleh menggunakan khidmat Daulah Educonsult, sebuah agensi yang menguruskan kemasukan pelajar ke luar negara.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here