Akhirnya selepas enam tahun, akhirnya filem ‘Men in Black’ kembali dengan buah tangan yang baru kepada peminat-peminat filem itu selepas kali terakhir filem MIB ini dikeluarkan di pawagam pada tahun 2012 dan seperti apa yang telah dijanjikan oleh pihak produksi MIB untuk mengeluarkan trailer pada minggu ini, akhirnya harapan kita untuk menonton trailer pertama bagi MIB : International tercapai.

Memang trailer pertama bagi MIB 4 ini tidak mengecewakan dan ‘it was worth the wait’ anda selama enam tahun!

MIB kali ini diberikan sedikit kelainan kerana ianya merupakan ‘spin-off’ atau ‘sidequel’ kepada filem-filem MIB yang sebelum ini. Di sebabkan MIB kali ini dipilih untuk dilakukan spin-off jadi kita perlu ucapkan selamat tinggal kepada watak MIB yang asal lakonan Will Smith dan Tommy Lee Jones kerana watak utama MIB 4 pada kali ini telah diambil alih oleh Chris Hemsworth dan Tessa Thompson.

BACA JUGA :   Berapa kerap anda perlu membasuh rambut anda ?

Mungkin bagi anda yang merupakan seorang peminat hardcore bagi francais MIB sejak tahun 1997 lagi pasti merasakan perbezaan yang ditampilkan melalui MIB 4 pada kali ini agak ketara dengan penukaran barisan pelakon utama yang kebiasaannya dilakonkan oleh Will Smith sebagai Ejen J dan Tommy Lee Jones pula sebagai Ejen K kan?

Tetapi jika anda betul-betul hardcore peminat filem francais MIB, anda patut nantikan MIB 4 ini pada tahun hadapan walaupun kita tidak mengharapkan kemunculan Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai kameo dalam MIB 4 kali kerana jalan cerita kali pada kali ini akan lebih ‘fresh.’

MIB 4 kali ini akan membawa kita semua untuk sama-sama menyertai misi baru yang diterima Ejen M & Ejen H untuk menyelesaikan pembunuhan misteri yang akan menghantar mereka mengembara dunia dan menghentikan ancaman terbaru daripada makhluk asing. MIB kali ini diarahkan oleh F. Gary Gray yang pernah mengarahkan francais ‘Fast and Furious.’

BACA JUGA :   Ramai Orang Tertanya-tanya Siapa Lelaki Tua Yang Abang Acap Jumpa Ini

Selain Chris Hemsworth dan Tessa Thompson, antara barisan pelakon lain yang turut membintangi filem MIB 4 termasuklah Liam Neeson, Kumail Nanjiani, Rebecca Ferguson, Rafe Spall, Les Twins dan juga Emma Thompson yang pernah membintangi MIB 3 sebagai Ejen O.

MIB 4 ini sepatutnya dijadulkan untuk berada di pawagam pada bulan Mei tahun hadapan tetapi telah ditunda kepada bulan Jun 2019.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here