Belajar di luar negara dapat membolehkan anda mencari keunikan di negara tersebut. Namun begitu, tidak semuanya ditonjolkan oleh umum. Kebiasaannya, perayaan mahupun sesuatu budaya dipraktikkan oleh masyarakat tempatan yang berada jauh dari bandar. Menariknya kali ini adalah keunikan budaya yang terdapat di Indonesia.
#1. PERAYAAN TABUIK
Perkataan Tabuik berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud mengarak atau kata dasarnya adalah tabut. Ritual ini mula diamalkan sekitar tahun 1826 hingga 1828. Perayaan ini telah dibawa oleh masyarakat India sebelum tiba ke Indonesia. Ini adalah salah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat dari Pantai Barat, Sumatera Barat dan perayaan ini telah dilakukan secara turun-temurun.
Ihsan Video: Surya Mahmud
Asalnya, perayaan Tabuik adalah bertujuan untuk mengingati kewafatan cucu Nabi Muhammad SAW pada 10 Muhamram. Masyarakat sana akan berarak sambil membawa replika dan mendirikannya di kawasan orang ramai. Ini adalah salah satu ekspresi bagi melahirkan rasa sedih atas kewafatan cucu Nabi Muhammad SAW.
#2. PERAYAAN MAKEPUNG
Makepung bermaksud Balapan Kerbau. Kebiasaannya, masyarakat Bali menggunakan Kerbau bagi aktiviti membajak. Selepas itu, aktiviti ini dijadikan tradisi tahunan oleh masyarakat Bali. Ia dilakukan hanya sekadar hiburan dan bukannya ritual pemujaan.
Tradisi ini mula diperkenalkan pada tahun 1970-an dan terdapat beberapa perubahan pada kerbau dari saban tahun. Terdahulu, kerbau yang dipetandingkan haruslah “sado” dan tangkas. Tetapi tidak masa kini, kerbau yang haruslah diperhiasi dengan hiasan yang cantik serta bewarna warni untuk pamera.
#3. PERAYAAN ADAT RAMBU SOLO
Rambu Solo adalah upacara kematian dan pemakaman di Tana Toraja. Ritual ini bertujuan untuk membawa arwah yang telah meninggal ke alam roh. Upacara ini kebiasaannya dilakukan dalam bulan Julai dan Ogos. Antara ritual yang diamalkan di dalam itu seperti penyembelihan haiwan.
Masyarakat Toraja akan yang berada sekitar Indonesia akan pulang ke kampung halaman dan mengikuti ritual yang diamalkan sejak turun-temurun. Bilangan penyembelihan kerbau adalah mengikut harta yang ditinggalkan oleh arwah tersebut. Bermaksud, semakin kaya individu yang meninggal, semakin banyak bilangan kerbau yang harus dikorbankan.
Selepas penyembelihan ini yang dilakukan di puncak Rambu Solo, orang ramai akan menari sambil diiringi oleh muzik. Khinzir juga turut dikorbankan di dalam ritual ini.
#4. PERAYAAN PASOLA
Perayaan Pasola adalah perayaan yang diamalkan oleh perkampungan yang terletak di Sumba Barat. Antara empat buah kampung itu ialah Kodi, Lamboya, Wonokaka dan Gaura. Masyarakat di sana akan menyaksikan sekumpulan pemain menaiki kuda dan memegang lembing kayu bagi mengalahkan pihak lawan.
Ihsan video: Explore Sumba
Perayaan yang disambut masyarakat Sumba bertujuan menyambut perayaan musim pertanian dan musim panas di perkampungan mereka. Ritual ini juga disambut bersama masyarakat Bau Nyale yang bertempat di Pulau Lombok. Perayaan ini kebiasaannya disambut pada bulan Februari dan Mac setiap tahun.
#5. PERAYAAN BUDAYA LEMBAH BALIEM
Masih ramai lagi yang tidak mengetahui bahawa terdapat sekelompok masyarakat yang masih lagi menetap di Gua. Mereka adalah Lembah Baliem dan budaya mereka mula diangkat pada tahun 1989. Perayaan ini mula disambut saban tahun pada bulan Jun, Julai dan Ogos.
Ihsan video:stonecold motionpictures
Ini merupakan salah satu kebudayaan yang paling tua di Indonesia dan mendapat perhatian dari pelbagai negara antaranya India, Hongaria, Swiss, Bulgaria, Itali, Mexico dan banyak lagi. Festival ini juga sekurang-kurangnya berjaya menarik penonton seramai 10,000 ribu dari dalam dan luar negara.
Perayaan ini dilakukan bagi melambangkan kesejahteraan dan kesuburan dalam perpaduan oleh masyarakat di sana. Suku Papua yang mengamalkan perayaan ini turut diamalkan oleh suku yang lain antaranya Suku Dani, Suku Yali dan Suku Lani.
JOM BELAJAR KE INDONESIA!
Tidak ragu lagi, terdapat banyak lagi perayaan yang boleh anda lawati sekiranya menyambung pengajian ke sini. Bagaimana ingin melanjutkan pengajian ke Indonesia?
Daulah Educonsult adalah salah satu agensi yang dipercayai milik bumiputera. Daulah Educonsult yang berpangkalan di Ampang telah berjaya membawa ribuan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara.
JADI TUNGGU APA LAGI?!
Inilah masanya untuk anda menyambung pengajian ke Indonesia sambil terokai budaya yang jarang diketahui oleh masyarakat umumnya. Bagi anda yang ingin terus mendaftar, boleh tekan link di sini. Luaskan pengalaman anda dengan menyambung pengajian ke Indonesia.