Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran Peratusan Ketelusan Cahaya (VLT). Peraturan ini akan mula dikuatkuasakan bermula tahun hadapan. Perkara ini bergantung kepada bahagian cermin seperti cermin depan, cermin sisi pemandu, cermin sisi belakang dan cermin belakang. Ini berikutan untuk mengikuti piawaian MS2669.

Pemilik yang gagal mematuhi arahan akan dikenakan denda. Sumber foto:mycar

Ini adalah sebahagian daripada Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaa) 2018 yang telah dibentangkan di Parlimen pada Isnin lalu. Tahap VLT yang dibenarkan bagi cermin hadapan ialah VLT 70%, bagi cermin sisi pemandu pula ialah VLT 50% di mana ia akan berwarna sedikit kelabu manakala bagi cermin sisi belakang dan cermin belakang pula ialah VLT 30%.  Ia akan mula dikuatkuasakan bagi kereta yang dikeluarkan pada tahun 2018.

BACA JUGA :   PEMEGANG LESEN ‘TERBANG’ ANDA PUNYAI HANYA DUA MINGGU SAHAJA LAGI
Sumber foto:JPJ

Bagi penggelap tingkap yang telah sedia ada, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jika tahap trasmisi minimum (VLT) mematuhi peraturan yang diperkenalkan, tiada perubahan yang diperlukan bagi pemilik kereta.  Menurut sumber dari Bernama, mekanisme ini dapat menyelesaikan masalah penguatkuasaan yang melibatkan penggunaan peranti ujian yang berbeza oleh kedai aksesori kenderaan bermotor serta pihak berkuasa.

Sekiranya pemilik kereta menggelapkan cermin kereta bersuseuai dengan standard yang telah diberikan, tiada kelulusan yang diperlukan oleh pihak JPJ. Bagi pemandu yang ingin menggelapkan cermin kereta melebihi kadar yang telah ditetapkan, pemilik ketera perlulah mengemukakan alasan yang munasabah.

Denda akan dikenakan buat mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang telah diebanrkan. Bayaran kecil juga akan dikenakan bagi pengeluar kereta bagi kelulusan Jenis Kenderaan(VTA). Bagi pemilik kenderaan yang ingin ketahui lebih lanjut, boleh layari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan di sini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here