Anda peminat filem fantasi? Pastikan anda tidak melepaskan peluang membuat “countdown” bagi filem Aladdin yang akan berada di pawagan pada Mei 2019. Aladdin salah satu lagi filem muzikal dan fantasi keluaran Walt Disney Pictures di bawah arahan Guy Ritchie. Filem ini dibarisi oleh pelakon yang hebat seperti Mena Massoud, Will Smith, Naomi Scott, Marwan Kenzari dan ramai lagi.

Ihsan video:Walt Disney Studios

Sebelum ini, ramai yang masih ternanti-nanti bagaimanakah gerangan “jin” yang dilakonkan oleh Will Smith. Menurut sumber dari social media Instagramnya, Will Smith mengulas bahawa watak yang dibawa olehnya akan menggunakan impak Computer-Generated Imagery (CGI).

Sumber foto: disneyfans,com

Antara sedutan yang ditampilkan buat peminat setia filem animasi Aladdin. Filem Alladin menampilkan pelbagai kisah seperti kisah percintaannya dengan Puteri Jasmine. Watak Will Smith sebagai “jin” yang telah diambil olehnya antara watak yang diperkenalkan secara rasmi buat umum.

Saksikan juga trailer rasmi pertama Aladdin yang berjaya mencatat 23,255,473 tontonan di laman rasmi Walt Disnet Pictures. Jangan lupa untuk temui Aladdin, Puteri Jasmine dan “jin” mereka di pawagan yang berhampiran dengan anda. Filem ini dijangka akan keluar pada 24 Mei 2019.

Sumber foto:cbr.com

Filem Aladdin juga pernah diterbitkan sebelum ini oleh Walt Disney pada November 1992. Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya mengutip $504 million dan antara filem animasi pecah panggung pada ketika itu. Ini merupakan satu kejayaan besar buat filem animasi untuk terus berjaya di masa hadapan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here