Akhirnya Harga Minyak Turun. Rakyat Gembira Dengan Pengumuman Ini.

0
1111

Kerajaan Persekutuan telah menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak. Satu janji telah ditepati membuatkan rakyat gembira.

Harga minyak sudah turun bermula selepas tengah malam sabtu. Dengan ini, pasti ramai yang gembira apabila kerajaan telah menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter, diesel RM2.04 seliter dan petrol RON97 RM2.23 seliter.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Giang Eng berkata kerajaan memutuskan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan. Hal ini memandangkan, pengguna dapat menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Pada hari mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari lalu telah mempertimbangkan perkara itu dan mula dilaksanakan pada 5 Januari lalu. Sebelum ini harga RON97 ditetapkan pada RM2.50 seliter, RON95 pula RM2.20 seliter dan diesel RM2.18 seliter.

BACA JUGA :   DERMA AKHIR BAGI TABUNG HARAPAN MALAYSIA SEBELUM 31 DIS

Selain itu, harga baharu ini telah mengambil kira tambahan komsisen atau margin pengusaha stesen minyak yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri. Harga runcit produk petroleum akan dikekalkan paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.

Hakikatnya, bertujuan untuk melindungi penggunaan daripada kesan kenaikan harga yang melampau. Harga runcit bagi produk petroleum ini akan diselaraskan semua pada setiap minggu. Hal ini sejajar, dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.

Masyarakat haruslah sentiasa mengambil tahu mengenai harga naik dan turun harga runcit. Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu. Mula berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat. Jika anda tidak peka anda akan ketinggalan.

BACA JUGA :   RM100 Untuk Bantuan Orang Bujang.

Pengumuman harga minyak sudah pasti mendapat sambutan yang baik kepada rakyat. Namun, berbeza bagi pemgusaha stesen minyak. Bagi golongan ini, menjadi keperitan buat mereka apabila kos yang ditanggung semkain tinggi sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar. Kerajaan harus mencari agar situasi win win situation untuk semua pihak.

Sudah pasti pengumuman penurunan harga minyak ini memberi kegembiraan kepadarakyat yang telah lama menanti. Walaupun agak lama setelah banyak drama yang disajikan oleh kerajaan Pakatan Harapan namun pengumuman seperti ini dapat menyejukkan hati rakyat Malaysia.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here