Home Variasi Politik AZMIN ALI IBARAT MENANG DALAM KALAH

AZMIN ALI IBARAT MENANG DALAM KALAH

0
706

Azmin Ali perlu terima hakikat bahawa kemenangannya tidak memberi erti buat dirinya. Rafizi Ramli yang tewas telah diangkat sebagai pemenang yang sebenar.

Pergaduhan dalam kalangan ahli Parti Pakatan Harapan Rakyat (PKR) semakin meruncing apabila Rafizi Ramli diumumkan sebagai naib presiden sedangkan Azmin Ali yang memenangi semasa pemilihan. Agak mengejutkan apabila Rafizi Ramli menjadi pilihan Dato Seri Anwar sebagai naib presiden parti.

Keputusan Dato Seri Anwar yang melantik Rafizi Ramli seolah-olah tidak mencerminkan keadilan sebuah parti politik tersebut. Anwar turut bertegas dengan keputusannya yang menyifatkan pelantikan Rafizi adalah muktamad. Pelantikan itu dibuat untuk melindungi semua ahli parti politik dan bukan untuk kepentingan satu pihak sahaja.

Pelantikan Rafizi Ramli membawa pergolakan dalam kalangan ahli PKR kerana tidak semua bersetuju dengan pelantikan tersebut. Seolah-olah mempunyai krisis dalaman di antara Dato Seri Anwar dan Azmin Ali.

Parti PKR perlu akui bahawa mereka perlu bersedia untuk kehilangan pengikut Azmi Ali, Rafidah Aziz dan ahli politik senior yang lain sekiranya Azmi Ali membuat keputusan untuk keluar parti. Begitu juga sebaliknya jika Rafizi tidak dilantik, PKR harus bersedia kehilangan pengikut Rafizi, Nurul Izzah dan orang-orang muda.

Kemelutan pergaduhan di antara ahli PKR harus diselesaikan dengan segera agar penyakit dalaman ini tidak terjadi seperti parti UMNO sebelum ini. Kemelut dalaman seperti inilah yang akan membuat rakyat tawar hati semasa pemilihan raya pada masa akan datang.

Jika kemelut ini tidak diselesaikan dengan segera sudah pasti kepercayaan rakyat terhadap parti ini akan hilang dan pergolakan dalam parti akan berterusan. Salah seorang harus mengundurkan diri secara terhormat demi kesejahteraan dan kebaikan parti politik ini.

Sudah pasti Rafizi Ramli tidak akan keluar daripada parti kerana beliau telah dilantik sebagai Naik Presiden Parti Harapan Rakyat (PKR). Menerusi status di twitternya beliau telah memberi bayangan bahawa beliau sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Azmin Ali dan Rafizi Ramli perlu bekerjasama demi kebaikan parti. Jika terus bergolak sudah pasti parti ini akan menerima nasib seperti mana parti Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang telah berkubur semasa pemilihan raya yang lepas.

NO COMMENTS