Tahukah anda, rokok ini asalnya daripada suku bangsa Indian di Amerika. Tujuan utama dalam kegiatan merokok pada masa dahulu adalah untuk memuja dewa atau roh. Setelah abad ke-16, para penjelajah Amerika telah mememukan suku bangsa Indian di benua tersebut.

Pada mulanya para penjelajah mencuba menghisap rokok terbabit dan membawa tembakau tersebut pulang ke Eropah. Kebiasaan merokok menjadi rutin bagi masyarakat di sana. Rokok mula tersebar ke negara-negara Islam selepas Spanyol memasuki Turki pada abad ke-17.

Mungkin ramai lagi tidak tahu mengenai keburukan asap rokok. Selepas kerajaan mengumumkan mengenai pemansuhan menghisap rokok di premis makanan dan premis perniagaan yang berkaitan. Isu ini mendapat reaksi positif daripada masyarakat, malah ada juga sebaliknya.

Jika dahulu, kita boleh melihat asap rokok ini menjadi punca utama pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa maut. Antara penyakit itu meliputi kanser lidah, paru-paru rosak, lemah jantung dan banyak lagi. Senarai penyakit ini pastinya memerlukan rawatan rapid an mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, kesan buruk merokok ini acap kali di siarkan di kaca televisyen rumah anda. Jika kita lihat 10 tahun kebelakang, terdapat banyak pesanan khidmat masyarakat di diulang berkali-kali agar masyarakat menyedari keburukan merokok pada kesihatan, serta masyarakat sekeliling.

BACA JUGA :   Larangan Merokok di Premis Perniagaan Diperluaskan

Bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan rokok adalah nikotin yang mampu mebuatkan perokok berasa ketagih dan akan merokok untuk sekian kalinya. Selain itu, arsenik adalah racun yang digunakan untuk membunuh tikus, cadmium adalah bahan logam yang berunsur racun radioaktif, methanol iaitu jenis alcohol sederhana, karbon monoksida yang merupakan bahan kimia beracun dalam asap kenderaan dan banyak lagi.

APA ITU MEROKOK PASIF?

Jika anda tidak merokok dan menyangkakan anda bebas dari sebarang penyakit berkaitan rokok. Anda silap sama sekali. Menurut kajian daripada Rumah Sakit Royal, 25% bahaya asap rokok akan diserap oleh penghisap rokok manakala 75% asap rokok berlegar di udara dan aka meresap ke tubuh badan individu yang berada di sekitarnya.

Secondhand Smoke (SHS) antara penyakit yang kerap dikesan di institusi perubatan. Jika dapat dilihat dari salah silah, pesakit tersebut tidak meghisap rokok namun terdapat salah seorang daripada ahli keluarga mereka adalah perokok tegar.

Sehubungan dengan itu, tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan adalah satu tindakan yang bernas. Perokok masih lagi dibenarkan untuk merokok dengansyarat tiga meter jarak dari premis perniagaan dan premis makanan.

Bagi remaja yang baru ingin berjinak-jinak dengan asap rokok. Anda seharusnya mengambil iktibar dengan kesan buruk merokok bukan sahaja pada diri anda, malah masyarakat sekeliling. Antara kesan buruk yang dapat dilihat sudah tentunya banyak sekali.

BACA JUGA :   Adakah Menaikkan Harga Rokok Kepada RM50 Sekotak Mampu Jinakkan Perokok ?

LEBIH TUA DARI USIA

Bagi anda yang mula menghisap rokok seawal usia remaja, anda akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar anda. Demikian kerana kandungan bahan kimia pada rokok tersebut yang membuatkan organ dalam perlu “bekerja” dua kali ganda.

PEKEMBANGAN PARU-PARU TERGANGGU

Asap rokok akan melalui paru-paru dah akan menyebabkan oragan ini terpaksa berkembang lebih cepat apabila anda menghisap rokok. Kesan buruknya juga akan menyebabkan anda mengalami kesesakan nafas dan mungkin memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

HILANG FOKUS

Remaja yang menghisap rokok akan hilang fokus di sekolah terutamanya sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan dan fizikal. Ini kerana, perokok akan berasa cepat lelah atau semput jika terus berlari. Dari segi minda, remaja akan lebih cenderung untuk kurang berfikir kerana kandungan bahan kimia di dalam rokok tersebut.

Bukan ini sahaja alasan yang dipelukan dalam membasmi merokok ini. Jangan jadikan merokok antara salah satu rutin harian anda atau anda bakal berdepan dengan pelbagai jenis penyakit dikemudian hari.

Generasi yang akan datang juga perlukan udara yang bebas dari segala asal rokok. Bertindak segera atau menyesal di kemudian hari sudah tiada guna.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here