Home Variasi Politik Chef Wan Mahu Tampar Najib. Ada Berani Ke?

Chef Wan Mahu Tampar Najib. Ada Berani Ke?

0
935
Chef Wan mengeluarkan kenyataan ingin menampar Najib Razak kerana tidak berpuas hati mengenai Felda. Isu ini telah menimbulkan kekecohan di media sosial.
Dia merupakan anak yang membesar di petempatan Felda yang hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan berkenaan. Turut hadir bersama ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmi Ali dan calon PH iaitu M Manogaran.

Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara dan akan berterus-terang tanpa ada berselindung. Menurut Chef Wan, dia tidak mengemari cara pentadbiran BN memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggap sebagai rasuah atau pancing undi.

Pada pilihan raya lalu ibunya telah mendapat menerima sebanyak RM5 000 malahan anak-anak Felda turut menerimanya. Itu adalah duit rakyat menurut Chef Wan dan beranggapan bahawa kerajaan Najib merompak agensi terbabit sehingga bankrap. Membiarkan Felda diurus oleh orang yang salah.

Meletakkan Isa Samad (bekas pengerusi Felda) sedangkan ramai yang tahu bahawa individu ini banya membuat masalah. Dia bertindak sedemikian kerana terlampau marah dengan cara kerajaan terdahulu menguruskan wang rakyat. Rakyat yang telah bertungkus-lumus membayar cukai.

Najib pula menyifatkan bahawa Felda melalui zaman kegemilangan semasa ditadbir oleh kerajaan di bawah pimpinannya. Najib turut memberitahu bahawa pada zaman pemerintahannya peneroka Felda mendapat RM2 000 sehingga RM3 000 sebulan. Beliau juga tidak mahu melayan Chef Wan.

Malahan turut menyangkal dakwaan Chef Wan bahawa pemberiannya adalah rasuah. Menurutnya pemberiannya bukan rasuah namun menolong masyarakat Felda yang hidup tersempit. Tambahannya lagi pendapatan mereka begitu rendah, dengan ada yang memperolehi RM74 bulan lepas dan di Sg Koyan ada yang memperolehi lebih rendah.

Menurutnya lagi pemberiannya bukan rasuah namun untuk menolong dan membantu seluruh penduduk Felda. Katanya menolong semua tidak kira UMNO, PAS atau PH jadi tiada istilah memberi rasuah. Katanya ditemubual semasa menghadiri program “Jom Ride Bersama Saya” di Podium Penchala.

NO COMMENTS