Tahukah anda bahawa anda boleh mencantikan gambar, membuat logo atau yang berkaitan dengan grafic designer hanya dengan photoshop.
Fungsi utama Photoshop adalah aplikasi untuk mengedit video atau gambar. Banyak kelebihan yang ada pada photoshop sebenarnya. Mungkin anda tidak tahu atau kurang mengetahui software atau aplikasi mana yang cukup lengkap dan senang untuk digunakan.
#1. Membuat logo
Membuat logo atau design dengan High Quality. Mengguna adobe photoshop anda bebas untuk membuat ukuran design yang diinginkan. Terdapat pixels, cm, mm, Inch dan lain lain lagi. Gambar-gambar tidak akan pecah kerana dapat menyimpankannya dengan pelbagai format dan yang paling penting High Quality.
#2. Membuat tulisan yang memberi effect menarik
Membuat tulisan dengan menggunakan effect yang tertentu. Kebolehan Adobe photoshop adalah mampu membuat tulisan dengan bermacam-macam gaya, jenis dan mengubah bentuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dengan menggunakan segala tool effect yang ada di dalamnya.
Dengan photoshop juga tulisan boleh dilakukan dalam bentuk 3D dengan menggunakan kemahiran yang anda ada. Tulisan akan nampak lebih gah dan memberi effect yang menarik.
#3. Mencantikan Gambar
Mampu menghasilkan kualiti yang memuaskan kerana mempunyai editing effect yang tidak terbatas. Memiliki tool editing yang lebih lengkap berbanding program editing yang lain. Pelbagai pilihan yang ada untuk menghasilkan kesan yang lebih berkualiti.
Anda dapat memasukan banyak photo secara bertindih atau ingin mengubah warna tertentu daripada setiap satu untuk menghasilkan effect selection yang unik atau lebih menarik dengan Photoshop semuanya boleh.
#4 Effect 3D
Versi CS6 keatas mempunyai filter 3D. Di mana anda dapat menukar atau mengubah gambar 2D ke dalam bentuk 3D. Selain itu dapat mencipta juga teks 3 dimensi hingga ke bentuk kubus, segi tiga, bulat dan lain lain lagi. Bentuk 3D ia lebih nyata, menarik dan cantik.
#5 Format file (Mb – Kb)
Format file terlalu besar dan risau sekiranya size di tukar. Jangan risau dengan photoshop walaupun format file telah ditukar. Kualiti gambar projek tidak akan berubah.