Go-Pro digunakan bagi mengawasi pergerakan lalu masuk sepanjang operasi perayaan Tahun Baru Cina.  Penggunaan ini bagi memudahkan kerja pengawai.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor akan memasang kamera GO-Pro pada semua kenderaan penguat kuasa bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya. Kaedah ini digunakan bagi mengawasi keadaan sekeliling jalan raya.

Krpl9pov o

Menurut Razali Wagiman yang merupakan Pengarah JPJ Johor penggunaan kaedah Ini sesuai dengan mengikut peredaran zaman kini. Sistem Go-Pro ini akan digunakan sepanjang operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Ianya akan bermula pada 29 Januari sehingga 12 Februari. Jika kaedah ini berjaya mengawasi keadaan jalan raya serta berjaya mengurangkan kadar kesalahan di jalan raya. Sudah pasti kaedah sistem ini akan digunakan untuk jangka masa yang lama.

BACA JUGA :   JPJ Perlis Cuit Hati Netizen Menerusi Panama Dance Kreatif

Qhuvjk70 o

Kegunaan Go-Pro ini adalah untuk merakam video mahupun gambar setiap kesalahan pemandu jalan raya. Segala maklumat yang diperoleh melalui video atau gambar itu akan dijadikan bukti. Pihaknya akan menyalin ke dalam sistem dan memanggil pemilik kenderaan untuk disoal siasat dan diambil tindakan

Pihak anggota JPJ juga akan mencari alternatif lain dalam membanteras kesalahan di jalan raya. Anggota JPJ akan turut meyamar sebagai penumpang terutamanya dalam bas ekspres. Anggota mereka akan merakam setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas ekspres.

Pzcyqkpt o

Jika benar mereka melakukan kesalahan. Pihak JPJ akan memanggil pemilik serta pemandu ke pejabat untuk disoal siasat. Segala tindakan akan diambil selepas meneliti video dan selepas disoal siasat.

BACA JUGA :   SKMM Perlu Masa Untuk Kajian Mendalam Teknologi 5G

Operasi Tahun Baru Cina ini akan melibatkan 150 anggota dan pegawai JPJ Johor termasuk di daerah dan sempadan. Kerahan tenaga yang ramai diperlukan kerana  sudah pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung.

6wh5jhu5 o

Selain itu, cuti semua anggota dan pgawai JPJ dibekukan sempena operasi ini. Ini bagi memastikan kelancaran trafik. Tarikh larangan pemanduan kenderaan barangan ditetapkan pada 2 hingga 10 Februari.

Dalam operasi ini, pihaknya akan memeriksa keadaan bas ekspres termasuk pintu kecemasan, tayar dan brek. Kesalahan kali ini akan diberikan tindakan dan denda yang sewajarnya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here