Pattani. Bila sebut Pattani, apakah yang terlintas di fikiran anda semua? Bom? Pemberontak malah konflik yang sering berlaku di negeri di Selatan Thailand itu.

Tidak seperti Bangkok, Pattaya, Phuket, Krabi, Chiang Mai, serta tempat-tempat kegemaran pelancong lain di Thailand, negari Pattani ini hampir tidak pernah menjadi destinasi pelancongan bagi pelancong asing dan pelancong domestik. Namun, adakah anda tahu, negeri Pattani ini tersembunyi dengan keindahan yang tersendiri serta pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Jom kita teroka kiendahan yang ada di Pattani!

  1. Masjid Krue Se

Masjid Kerisik atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Thailand, Masjid Krue Se. Bangunannya yang seperti tidak siap menjadi keunikan masjid yang sehingga kini masih menjadi ikon masyarakat Islam di Pattani.

 

Binaan utama masjid terdiri dari satu dewan solat yang berdinding dan dewan atau dataran solat terbuka tanpa dinding yang menganjur ke bahagian belakang masjid. Batu bata yang disusun tidak diikat menggunakan simen sebaliknya hanya menggunakan putih telur yang dicampur dengan beras pulut hitam, kulit kerang dan manisan cair sebagai penguat yang membuatkan ia kelihatan seperti seni bina yang belum siap sempurna.

Walaupun sudah lima abad berlalu, Masjid Kerisik masih berdiri sebagai tempat yang sangat bernilai dari sudut sejarah, kesenian dan senibinanya sejak dahulu sampailah sekarang.

  1. Taman Negara Nam Tok Sao Khai
BACA JUGA :   Destinasi Paling Sesuai Untuk Anda Yang Gemar Melancong Seorang Diri

Taman Negara Nam Tok Sai Khao ini meliputi Amphur Kok Pho, wilayah Pattani, wilayah Amphur Sabayoy Songkla, Amphur Yaha dan Wilayah Muang Yala, dengan keluasan kira-kira 110 km. Ia terletak di kawasan pergunungan San Kala Kiri, meliputi hutan hujan subur yang menghijau. Taman negara ini mempunyai air terjun Sai Khao dengan ketinggian 40m.

Selain air terjun, anda juga berpeluang untuk melihat patung Buddha kuning keemasan, Buddha Maha Monthon yang berketinggian 29.8 meter, yang terletak di puncak gunung Taman Negara Air Terjun Sai Khao. Untuk ke puncak gunung, anda boleh menaiki van yang disediakan atau anda boleh mendaki sambil menikmati pemandangan indah untuk tiba ke puncak.

  1. Pattani Skywalk

‘Skywalk’, atau ‘Pattani Adventure Park’, merupakan mercu tanda baru bagi pelancong. Ia berdiri tinggi di tengah-tengah daerah bandar HRH Princess Galyani Vadhana Memorial Park di daerah Muang. Pada ketinggian yang sama dengan bangunan lima tingkat, ‘skywalk’ setinggi 12m ini diperbuat daripada besi serta lantai yang dibina dari jaring besi, membolehkan pelancong melihat tanah di bawah dengan jelas. Para pelancong juga dapat  meninjau Teluk Pattani dan Tachi Cape dan pemandangan Pattani dari laluan ‘skywalk’ ini.

  1. Menaiki Bot di Paya Bakau Buna Dara Talo Kapor
BACA JUGA :   5 Tips Travel Backpacking Mudah Untuk Newbies

Jika berkunjung ke Pattani, anda juga boleh menelusuri muara sungai untuk menikmati keindahan hutan paya bakau dengan menaiki bot dan berehat sebentar di halaman kayu bakau ini.

  1. Kuil Wat Chang Hai

Nama sebenar Wat Chang Hai ialah Wat Ratburanaram, yang disebut Kuil Gajah. ‘Chang’ bermaksud gajah dalam bahasa Thailand. Kuil Buddha ini dibina lebih daripada 300 tahun yang lalu. Seni bina dan hiasan stupa, kuil, menara loceng, candi dan biara ini merangkumi patung LuangPu Thuat, seorang sami terkenal dan merupakan seorang legenda. Dia dikatakan mampu menukarkan air laut menjadi air tawar.

Pusat Seni dan Kraf Rakyat Diraja Wat Chang Hai memaparkan dan menjual banyak kraftangan seperti batik, bot kecil Kolae, kraftangan, tikar, dan seramik. Kuil Wat Chang Hai ini terletak di Ban Pa Rai, Tambon Tung Pala, dekat dengan stesen kereta api antara Na Pradu dan Stesen Pa Rai, kira-kira 31 kilometer dari bandar Pattani.

Banyak lagi tempat menarik di Pattani yang boleh anda lawati. Ayuh rancang percutian anda seterusnya ke tempat-tempat menarik negeri Pattani ini!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here