Motosikal Modenas Mencecah 1100 Unit Jualan Tempoh Kurang Setahun.

0
1409

Motosikal Modenas mendapat tempat di pasaran. Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), menyasarkan jualan sebanyak 10 ribu unit tahun ini.

Amirudin Abd Kadir iaitu Ketua Pengwai Eksekutifnya berkata model hasil kerjasama strategik dengan Bajaj Auto Ltd (BAL). Ianya terdiri daripada Dominar, Pulsar RS200 dan NS200 serta V15 melihatkan peningkatan positif sejak diperkenalkan pada tahun 2017.

Znpdqnh9 o

Dominar yang telah dilancarkan pada April 2018 sudah terjual sebanyak 1 100 unit dalam tempoh kurang daripada setahun. Jumlah terjual keseluruhan menjadikan sekitar 9 800 sehingga tarikh ini. Katanya ketika ditemui di dalam majlis Pulsar darenventure Malaysia di Shaha Alam.

Modenas juga telah mencatatkan penguasaan pasaran segmen dalam motosikal street di bawah 1 000cc sebanyak 40 peratus.  Jumlah keseluruhan sekitar 6 peratus hanya untuk di negara ini sahaja. Bagi meningkatkan jumlah jualan, Modenas bakal memperkenalkan dua varian baru.

BACA JUGA :   'Apple Card' - Kad Kredit Keluaran Apple

Nv03x8k4 o

Dua varian baru dalam segmen moped dan street adalah untuk mengekalkan momentum dalam mengukuhkan jenama dan produk. Tambahan pula, pasaran jualan motosikal di Malaysia meningkat sebanyak dua peratus. Pada tahun lalu daripada jumlah 570 000 un9t dicatatkan dan 79 peratus daripadanya ialah motosikal moped atau cub.

Modenas juga bakal memperkenalkan dan melengkapi penawaran moped daripada varian rendah dan premium. Malahan akan memperkenalkan model yang dinantikan ke dalam pasaran tidak lama lagi. Modenas juga akan memperuntukkan sebanyak 1.3 juta untuk penambahan pusat Modenas Service Plus [ada tahun ini. Pusat servis  ini akan ditambah menjadi 45 daripada 15 buah pada suku tahun 2019 di negara ini.

BACA JUGA :   Pendapat Anda Tentang Teknologi Kereta Tanpa Pemandu?

T4rrj5ca o

Modenas terbaru ini akan dilengkapi dengan peralatan khas untuk menganalisis dan membaiki street bike. Modenas memperbaikan sistem khidmat ini selepas jualan yang terbaik supaya penjagaan enjin lebih rapi kepada pemilik. Pemilik pun akan berpuas hati.

Terbaru Amirudin juga telah melancarkan program realiti Pulsar Darenventure Malaysia untuk saluran Youtube Modenas Malaysia. Modenas telah menampilkan 10 penunggang mengharungi cabaran dalam 8 episod menggunakan Modenas Pulsar NS200 yang bakal memulakan siaran pada 8 Februari hadapan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here