PA Sajat Pukul Wanita, Dr. MAZA Kritik Tindakan Tersebut

0
2596

 

Laman media sosial kita gempar lagi dengan video insiden pergaduhan di sebuah pusat beli-belah yang membabitkan seorang maknyah iaitu sahabat serta rakan kongsi Nur Sajat Kamaruzzan.

Individu tersebut, Sheryna Mazlan bertindak memukul perunding kecantikan di sebuah farmasi di pusat beli-belah KLCC pada hujung minggu lalu kerana pekerja tersebut tidak mempunyai adab dan budi bahasa yang baik.

Insiden pergaduhan itu dikatakan berpunca dan bermula di Facebook milik Sheryna. Sajat memberitahu insiden tersebut berlaku kerana perunding kecantikan tersebut telah mengatakan sesuatu termasuk perkataan anjing malah mengutuk Sajat dan Sheryna.

Perbalahan di Facebook tersebut telah melibatkan sesi berbalas komen dan perunding kecantikan tersebut telah mencabar Sheryna untuk datang berjumpa dengannya sekiranya tidak berpuas hati.

BACA JUGA :   Bergaduh Dengan Teman Wanita, Lelaki Bakar Diri

Sajat mempertahankan Sheryna dengan menjelaskan insiden pembantu peribadinya memukul perunding kecantikan tersebut berlaku gara-gara dia tidak mempunyai adab dan tiada budi bahasa yang baik.

Apa yang berlaku ibarat bertemu buku dengan ruas, jelasnya lagi.

Insiden yang โ€˜viralโ€™ ini turut mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada netizen, malahan turut dikritik oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr. Asri berkata pihak berkuasa perlu menangani isu maknyah yang bertindak ganas sebagai perbuatan seorang lelaki bagi mengelakkan gejala tersebut berleluasa. Sekiranya tidak diambil tindakan, akan ada lelaki lain yang akan mengambil kesempatan untuk menzalimi wanita.

Beliau turut menambah, masyarakat pula tidak menunjukkan sikap sensitif apabila melihat maknyah menzalimi wanita sepertimana mereka melihat lelaki memukul wanita.

BACA JUGA :   Bagaimana Untuk Dimurahkan Rezeki Dalam Bisnes ? Individu Ini Kongsi Rahsia Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Insiden tersebut telah mendapat kritikan dari Mufti Perlis di Facebooknya yang mengatakan hanya dua jantina yang diiktiraf dan tiada yang ketiga. Agama Islam juga turut mengharamkan jantina bidaah yang dinamakan โ€˜maknyahโ€™ atau seumpamanya.

 

Pada masa yang sama, beliau berkata memakai pakaian perempuan dan bergaya seperti perempuan tidak akan mengubah hakikat bahawa individu terbabit adalah seorang lelaki.

Jika kelompok ini tidak ditangani, banyak hak wanita, bahkan lelaki akan dicerobohi.

Beliau turut menegaskan agar masyarakat bertindak apabila melihat maknyah memukul perempuan, seperti kita melihat lelaki memukul perempuan dan jangan terkeliru dengan penampilan yang palsu.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here