Pembunuh kucing akhirnya telah dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun. Hukuman itu terlalu ringan berbanding dengan kekejamanya terhadap kucing itu.

Pada September tahun lepas, negara telah dikejutkan dengan tularnya video CCTV yang memaparkan beberapa individu yang membunuh kucing. Penularan video itu telah menaikkan amarah rakyat Malaysia.

U7obgs6r o

Tindakan sekumpulan lelaki yang tergamak membunuh kucing dengan meletakkanya ke dalam mesin pengering. Ia telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia kerana seekor kucing diperlakukan sebegitu.

Ramai menyeru supaya keadilan ditegakkan untuk mengelak kezaliman ke atas haiwan berulang lagi. Mahkamah hari ini telah menjatuhkan hukuman ke atas pelaku yang tidak berperikemanusiaan itu di Mahkamah Seksyen Selayang pagi tadi.

Vhlcgjwk o

Hukumannya di penjara selama 2 tahun. Pemandu teksi A Mohanraj dihukum penjara selama dua tahun di atas kesalahan memasukkan kucing ke dalam mesin pengering pakaian sehingga mati. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas kes disebut semula.

BACA JUGA :   Pereka Fesyen Dunia Wasiatkan RM700 Juta Kepada Kucing

Pada 20 September lalu, Mohanrah seorang juruteknik, SS Satthiya dan pekerja kontrak K Ganesh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan semula atas pertuduhan melakukan perbuatan itu.

Yxwwmr3i o

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan kejamnya yang menyebabkan penderitaan. Kucing itu tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria, Selayang. Kejadian itu dilakukan pada 11 September tahun 2018, jam 12.54 tengah malam sehingga 1 pagi.

Roslan Mohd Isa seorang Pengawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal terhadap perbuatan tersebut. Ia membabitkan kepentingan awam. Sikap tertuduh yang menganiaya dan menzalimi haiwan yang tidak melawan tidak boleh diterima oleh masyarakat.

BACA JUGA :   Anda Pemilik Kucing? Ini Sebab Anda Perlu Elak Kucing Tidur Dengan Anda

Xzb9hp2u o

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Menurutnya lagi sepanjang berada di dalam tahanan dirinya dihina dan diejek oleh banduan lain sehingga jatuh sakit.

Tertuduh juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya itu. Tertuduh kesal denga apa yang telah berlaku. Pembunuh kucing ini sungguh menyesal.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here