Pratikal akan dilalui oleh semua pelajar. Nak tak nak anda wajib pratikal kerana itu adalah salah satu syarat kelulusan Institusi Pendidikan di Malaysia.
Anda yang sedang pratikal atau bakal pratikal harus menjaga nama baik anda, nama institusi pendidikan anda serta maruah keluarga anda. Bila pratikal ni banyak orang banyaklah ragam kan. Banyaklah perangai yang bukan-bukan keluar.
#1. Pendiam dan Tunaikan Permintaan
Sememangnya pada awal-awal anda akan rasa akward kerana dikelilingi suasana baru, orang baru dan cara baru. Sememangnya itu normal jika anda baru masuk di tempat yang baru. Chill lah kan. Buat semua kerja apabila disuruh melibatkan skop kerja anda.
Tapi kalau dah melebihi satu bulan anda masih diam dan boleh kira bilangan patah perkataan yang anda cakap. Itu memang sudah teruk. Anda dinasihatkan untuk belajar berkomunikasi dan jangan jadi kera sumbang. Time kerja, kerja dan time relax anda harus betul betul relax.
#2. Yang Lantang Bersuara
Jika anda yang begini. Ada baik dan buruknya. Tak salah kalau anda nak out spoken atau lantang dalam memberi idea. Bagusnya anda berani bersuara dan memberi idea. Tetapi janganlah sampai orang berasa annoying dengan perangai anda.
Kalau idea bos pun anda boleh said no. Hati-hati anda dalam bahaya kerana KPI anda mungkin failed untuk pratikal ni.
#3. Mula-Mula Pendiam, Lama-Lama Tunjuk Belang.
Anda ke tu? Kalau tidak jangan risau. Mula-mula diam je kan sampai waktu rehat dan waktu balik pun orang lain kena ingatkan. Dialah lah orang paling awal sampai ke ofis. Pejabat tak buka lagi dia dah tercegat depan pintu. Baguslah tepati masa.
Tapi bila dah lama pratikal datanglah belangnya. Tiba-tiba dialah yang paling keluar awal walaupun waktu rehat belum bermula lagi. Balik awal dan sudah pandai datang lewat. Bos tiada curi peluang untuk tidak buat kerja.
#4. Pemalas
Ini situasi paling bahaya. Kalau dah lebih sebulan atau dua bulan namun kerja tak buat dan tak pernah fokus. Memang cari nahas beb. Bila tanya itu dan ini semuanya akan di jawab tak tahu dan tak pandai.
Kalau awal-awal mungkin alasan itu boleh diterima lagi tetapi kalau dah lama ni memang kena maki dengan bos lah jawabnya.
#5. Over Confident & Try Hard
Sikap ini harus dihapuskan dalam kalangan pelajar yang sedang pratikal. Jangan terlampau over confident nanti memakan diri sendiri. Kalau anda tidak tahu sesuatu bertanya dan jangan malu. Bila diberi tugasan kerja yang anda memang tidak boleh dibuat minta bantuan.
Jangan memandai-mandai menggunakan teori anda sendiri kerana anda akan dimarahi. Belajar dengan orang yang berpengalaman dan jangan buat sesuka hati saja.