Punca Teman Wanita anda “Turn Off” dengan anda !

0
2916

 

Hai jejaka di luar sana, pernah tidak anda fikir apakah perkara-perkara yang akan membuatkan teman wanita atau “crush” anda “turn off” dengan anda? Hm. Topik ini agak sensitif bagi pihak lelaki tetapi anggap lah ini sebagai ilmu atau sesuatu yang boleh anda pelajari dan praktikkan supaya menjadi pujaan hati gadis-gadis.

Teman wanita “turn off” apabila..

Pengotor.

Perempuan paling tidak suka apabila dapat teman lelaki yang pengotor. Contohnya, tidak potong kuku jari dan kaki sehingga dari jauh boleh menampakkan kuku yang panjang dan kotor.

Selain itu, rambut yang tidak dicuci sehingga boleh mendatangkan bau juga menjadi punca “turn off”

Yang pentingnya, lelaki perlulah jadi pembersih jika nak pikat hati teman wanita.

Tidak menjaga penampilan !

Perempuan  cukup pantang apabila dapat teman lelaki tidak pandai menjaga penampilan. Antaranya, keluar “dating” hanya memakai selipar dan baju yang tidak sesuai sedangkan perempuan pula menghabiskan masa hanya untuk bersiap berjumpa kekasih hati.

BACA JUGA :   Petua Merawat Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi

Perkara seperti ini hanya akan membuatkan perempuan “turn off” dengan pasangannya.

Panas Baran.

Tidak semua lelaki panas baran, tapi ada sesetengahnya yang suka melepaskan marah terhadap pasangannya. Seperti marah dihadapan orang ramai, membuatkan seperti teman wanitanya tiada harga diri.

Jika kita dimarahi oleh sesiapa saja di hadapan orang ramai pasti kita pun mempunyai perasan malu. Tambah lagi dimarahi oleh pasangan sendiri.

Perkara ini paling ditakuti oleh semua wanita.

Keluar bersama tapi hanya bermain dengan telefon bimbit.

Janji untuk keluar berjumpa melepaskan rindu, tapi teman lelaki hanya lebih berminat dengan telefon bimbit dan membuatkan pasangan berasa bosan.

Perempuan “turn off” apabila lelaki suka bermain dengan telefon bimbit masa berjumpa. Tak cukup dengan itu teman lelaki pula bermain permainan video di telefon bimbit sehingga melupakan pasangan serta menolak panggilan teman wanitanya.

Kalau sayangkan pasangan anda, jangan lah buat macam itu lagi ya.

BACA JUGA :   Darul Wardah Pusat Perlindungan Kepada Wanita.

Tidak bertanya tentang pasangannya.

Jika anda teman lelaki yang sering bertanyakan tentang hari-hari pasangan anda. Contohnya, Sudah makan? Buat apa saja hari ini? Macam mana hari anda hari ini? Ada apa-apa masalah di tempat belajar/kerja yang nak kongsikan?

Pasti perkara ini akan membuatkan hati pasangan anda berbunga-bunga dan merasakan diri ini dihargai. Tetapi jika anda jenis yang tidak ambil peduli tentang hari dan kehidupan pasangan anda, pasti dia akan merasakan yang anda sudah tidak menyayangi dirinya.

Tidak jaga batas

Perkara ini paling dibenci oleh perempuan apabila pasangannya tidak menjaga batas dengan rakan-rakan perempuannya. Contohnya boleh bertepuk tampar, keluar berdua-duaan sekali. Perkara ini bukan sahaja membuatkan pasangan anda cemburu malah membuatkan anda nampak murah.

 

Ini adalah antara perkara yang membuatkan teman wanita anda “turn off” dengan anda. Nantikan pula perkara yang membuat lelaki “turn off” dengan pasangannya !

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here