Home Trending SUV Terhumban ke Laut di Jambatan Pulau Pinang – Selamatkah?

SUV Terhumban ke Laut di Jambatan Pulau Pinang – Selamatkah?

0
1334

Sebuah kenderaan jenis SUV yang terhumban ke laut selepas berlakunya kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang pada 20 Januari lalu, masih belum ditemui.

Kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan selepas dirempuh oleh kenderaan jenis Toyota Vios.

Kejadian ini direkodkan melalui ‘dashcam’ dari sebuah kenderaan lain yang berada di tempat kejadian pada jam 2.54 pagi.

Dalam rakaman video tersebut, kereta Vios tersebut memotong sebuah kereta Proton Wira dengan laju dan berbahaya dari arah kiri sebelum hilang kawalan selepas mengelak sebuah motosikal di kiri jalan.

Akibatnya, Toyota Vios tersebut telah merempuh SUV tersebut yang dipandu secara sederhana laju, sebelum terbalik dan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban dan hilang.

Bagaimanapun, pemandu lelaki serta pemilik Toyota Vios tersebut yang berusia 20-an tersebut hanya cedera ringan.

Pihak polis telah mengenalpasti identiti pemandu kereta tersebut. Mangsa dikenali sebagai Moey Yun Peng, 20 tahun, seorang pelajar kolej swasta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pengesahan dibuat oleh pemilik kenderaan yang juga bapa kepada pemandu kenderaan jenis SUV Mazda CX-5 itu selepas beliau tampil membuat laporan pada petang Ahad, jam 5 petang.

Bapa berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anak lelakinya yang memandu kereta jenis sama, tidak pulang ke rumah di Butterworth.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh pihak bomba dengan bantuan polis marin dilakukan sejak pagi semalam, namun ditangguhkan pada jam 7 petang semalam kerana cuaca makin gelap.

Misi pencarian ini akan disambung semula pada hari ini dengan penambahan aset dan anggota untuk mencari mangsa.

Komander Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan di kawasan sekitar 25 meter persegi radius.

Sama-sama kita berdoa dan berharap agar misi mencari dan menyelamat ini berjalan dengan lancar dan mangsa segera ditemui.

 

NO COMMENTS