Ramai wanita bertudung beranggapan bahawa mereka tidak perlu menitikberatkan penjagaan dan kebersihan tudung serta rambut, lagi-lagi bagi mereka yang bertudung berlabuh.

Sering kita dengar wanita bertudung labuh atau orang-orang disekeliling mereka mengadu mengenai tudung berbau atau kepam.

Perlu diingatkan, wanita yang seharian mengenakan tudung perlulah lebih berhati-hati menjaga tudung serta mahkota mereka agak tidak berbau atau kepam.

Selain menggunakan syampu rambut ketika mandi, ada 7 tips lain yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan tudung berbau dan kepam.

  1. Keringkan rambut sebelum memakai tudung

Anda perlu mengambil sedikit masa untuk mengeringkan rambut anda selepas mandi dan sebelum mengenakan tudung. Jika tidak, rambut dan tudung anda senang untuk berbau kerana rambut anda basah dan terperap di dalam tudung. Namun elakkan menggunakan pengering rambut kerana ia akan menyebabkan rambut rosak. Sebaiknya keringkan rambut menggunakan udara atau kipas.

  1. Ganti anak tudung serta tudung sekerap mungkin
BACA JUGA :   Tidak perlu ke Saloon lagi. Di Rumah pun boleh. Murah dan Jimat.

Sekalipun anda menjaga rambut dengan betul, rambut dan kulit kepala anda tetap akan berbau jika anda tidak mengambil berat tentang anak tudung anda.

Tukar anak tudung anda dengan kerap kerana cuaca panas di Malaysia menyebabkan rambut dan kepala anda senang berpeluh dan mudah berbau. Pilih fabrik anak tudung yang sesuai seperti fabrik kapas.

  1. Basuh tudung dan anak tudung dengan sabun buku.

 

Anda boleh bilas tudung dan anak tudung anda dengan air sejuk bersama sabun buku. Kemudian perah air lebihan dan biarkan ia kering.

  1. Gunakan santan untuk kesegaran rambut. Anda boleh menggunakan santan untuk mengembalikan kesegaran rambut anda.

Letakkan santan kelapa di atas rambut dan biarkan seketika. Untuk lebih berkesan, anda boleh balut kepala anda menggunakan tuala ketika melakukannya. Seterunsya bilas dengai air bersih dan cuci dengan syampu yang sesuai. Boleh amal seminggu sekali.

  1. Gunakan air sejuk ketika mencuci rambut untuk kesegaran rambut yang optimum.
  2. Gosokkan limau purut di kulit kepala anda untuk menghilangkan kelemumur rambut. Kemudian, syampu rambut anda dengan syampu anti kelemumur dan bilas dengan air sejuk.
BACA JUGA :   Petua Merawat Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi

  1. Bagi rambut berminyak, pilih syampu yang anda boleh gunakan setiap hari. Rambut berminyak boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengundang bau yang tidak menyenangkan jika terperap terlalu lama di dalam tudung.

Selain menjaga aurat, wanita bertudung perlu menitikberat soal penjagaan tudung dan rambut untuk mengelakkan rambut berbau dan kepam. Penjagaan aurat serta kebersihan perlulah seiring kerana kebersihan itu separuh daripada iman.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here