Toyota Vios telah melancarkan kereta terbaru yang lebih gempak dan menawan. Kali ini telah menerima suntikan wajah baharu dan dinaikkan tarafnya.

Pada awalnya telah dipertontonan ketika Pameram Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 pada November yang lalu.  Toyata Vios telah diperkenalkan secar rasmi oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT). Keluaran kali ini lebih baharu untuk menarik perhatian pasaran tempatan.

Anda pasti akan tertarik dan bercita-cita untuk memiliki Toyota Vios kali ini. Semua varian iaitu J, E dan G telah menerima suntikan penarafan yang semaksimum bagi ASEAN NCAP lima bintang dan dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS. Gempak habis kali ini.

Keluaran kali ini masih mengekalkan nadi enjin 1.5L 16V DOHC Dual VVT-I yang sememangnya  sesuai dipadankan dengan transmisi CVT. Kelajuan yang tiada had dengan menawarkan kuasa 107 PS pada 6 000rpm dan daya kilas maksimum 140Nm pada 4 200rpm.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Software Adobe Menjadi Pilihan Grafic Designer.

Sesuai untuk individu yang gemar racing. Tapi ingat racing di tempat yang sebetulnya. Toyota Vios kali ini juga mengalami perubahan yang menyeluruh di bahagian ruang dalaman.

Instrumen rekaan baharu, kekemasan tempat duduk yang lebih selesa, slot pengecas USB tambahan dan paling best sistem kawalan pendingin hawa automatik untuk semua varian. Gempak habislah.

Kali ini Toyota Vios akan menawarkan sebanyak lima warna iaitu Putih Super II, Biru Gelap, Perak Metalik, Merah Mica dan Hitam Attitude. DIjual pada harga RM77 200untuk varian 1.5J, RM81 200 untuk 1.5E dan RM87 300 bagi 1.5G.

Lebih menarik anda yang membeli Toyota Vios diberi jaminan lima tahun tanpa had. Selain itu, anda juga akan menikmati keahlian 24SEVEN Road Assist bagi tahun yang pertama.

BACA JUGA :   Kuala Lumpur banyak tempat yang menarik selain KLCC

Menurut K Ravindran iaitu Presiden UMW Toyota Motor, model pertama yang dilancarkan pada 2003 pihaknya telah berjaya menjual hampir setengah juta. Lebih membanggakan menjadikannya antara model yang paling popular.

Kali ini pengeluaran kenderaan ini mempunyai satu standard tersendiri kerana menerima maklum balas yang positif daripada pelanggan. Sudah tentu anda akan jatuh cinta dengan rekaan terbaru Toyota Vios ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here