Pasti ada di antara kita yang suka menempah tiket penerbangan lebih awal, ada yang sampai setahun beli tiket penerbangan sebab promosi tiket murah ke negara-negara tertentu. Wanita bekerjaya juga mungkin perlu menaiki kapal terbang atas urus kerja.

Eh, tau-tau mengandung pula masa tu. Terfikir-fikir pula, bolehkah wanita hamil, lagi-lagi bila kandungan dah besar. Selamat atau tidak untuk menaiki penerbangan?

Dr. Izzat, seorang doktor penasihat kesihatan dan kehamilan wanita, berkongsi mengenai sama ada wanita hamil boleh menaiki kapal terbang atau tidak, di laman Twitternya.

WANITA MENGANDUNG BOLEH NAIK KAPAL TERBANG?

Satu permasalahan yang ditakuti oleh syarikat penerbangan ialah penumpang yang mengandung menaiki ‘flight’ dan risiko terberanak semasa penerbangan itu sendiri.

Kebanyakan syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan telah mencecah cukup-cukup 36 minggu disebabkan oleh perkara yang dinyatakan tadi.

Sekiranya wanita hamil mempunyai risiko kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan, seperti kelahiran kembar, wanita hamil tidak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.

Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan dari doktor yang menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan dan wanita ini selamat untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan itu sudah berusia 28 minggu. Tarikh kepastian umur kehamilan itu perlu disahkan oleh doktor dan ditulis dengan jelas di dalam surat.

BACA JUGA :   Trend Sambung Bulu Mata: Bahaya Atau Tidak?

Lain syarikat penerbangan, lain polisi yang ditetapkan mereka untuk para penumpang mengandung.

KEADAAN-KEADAAN YANG TIDAK SESUAI UNTUK MENAIKI KAPAL TERBANG

Berikut adalah antara beberapa keadaan yang tidak sesuai untuk menaiki kapal terbang ketika hamil:

  1. Anemia teruk atau kurang darah dengan Haemoglobin kurang 7.5g/dL
  2. Ada pendarahan ketika hamil dalam masa terdekat
  3. Masalah telinga (otitis media) dan sinusitis
  4. Masalah jantung dan pernafasan yang serius
  5. Pesakit yang ada membuat pembedahan pada usus dalam tempoh terdekat, termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan yang kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara
  6. Tulang patah, di mana kaki tulang yang patah itu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat ‘pop’ pada kaki tersebut.

Risiko untuk mendapat darah beku semasa naik kapal terbang juga ada, kerana wanita mengandung berisiko untuk mendapat darah beku. Ditambah pula dengan menaiki kapal terbang, duduk terlalu lama, kaki ‘cramp’. Tapi, ini juga bergantung kepada tahap kesihatan individu itu sendiri.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Luar Negara di Mesir

TIPS MEMINIMAKAN RISIKO DARAH BEKU

Untuk meminimakan risiko mendapat darah beku, tips-tips ini boleh diamalkan:

  1. Pilih tempat berdekatan dengan ‘aisle’, bagi memudahkan keluar masuk
  2. Sentiasa berjalan-jalan di dalam kabin, elakkan duduk sepanjang masa
  3. Buat senaman ringkas, setiap 30 minit, lebih-lebih lagi bagi penerbangan yang panjang
  4. Sentiasa pastikan minum air dengan cukup, kurangkan minum minuman berkafein untuk mengelakkan pembuangan air dengan kerap
  5. Dapatkan ubat suntikan mencairkan darah sekiranya ibu mengandung pernah mempunyai sejarah masalah darah beku
  6. Pakai stoking kaki khas untuk ibu mengandung sekiranya penerbangan melebihi 4 jam. Stoking kaki ini boleh didapati di farmasi untuk membantu peredaran darah yang lebih baik
  7. Pilih pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat serta kasut yang lebih sesuai bagi melancarkan perjalanan

Semoga perjalanan anda menaiki kapal terbang lebih lancar dan baik!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here