Semalam, kecoh lagi apabila Menteri Belia dan Sukan kita, YB Syed Saddiq kena ‘troll’ dengan netizen gara-gara berulang kali membetulkan status di laman Facebooknya kerana berkongsi keterujaannya apabila dijemput sebagai tetamu bagi program bual bicara popular BBC iaitu, ‘HARDtalk’.

Biasalah, bila ‘public figure’ yang buat kesilapan, tak kiralah sikit pun, pastinya mendapat perhatian dari netizen.

Netizen mula bercakap-cakap mengenai hal ini apabila YB Syed Saddiq mendakwa bahawa beliau merupakan rakyat Malaysia kedua yang muncul dalam program tersebut.

Perkongsian dari beliau berbunyi begini,

            “BBC Hardtalk, bismillah. Wish me luck!

             It’s truly an honour to be the second Malaysian, after Tun Dr Mahathir to be on BBC Hardtalk. I want the world to know that Malaysia, once again is the tiger of Asia.

#YouthPower

Tapi, tak sampai pun lima minit, YB Syed Saddiq membetulkan semula status dan kenyataannya, mengatakan beliau merupakan rakyat Malaysia ketiga yang dijemput untuk ke BBC Hardtalk.

BACA JUGA :   Sharifah Amani Setuju Terhadap Kenyataan Sheila Majid Di Twitter

Tapi, beberapa minit selepas itu pulak ia diedit sekali lagi dengan menyatakan beliau salah seorang dari rakyat Malaysia yang dijemput ke program tersebut.

Tindakan YB Syed Saddiq itu telah menggamatkan media sosial dengan ‘troll-troll’ dari netizen yang mempersoalkan kredibiliti Syed Saddiq sebagai seorang menteri.

Komen daripada bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Ahmad Albar di laman Twitter telah mencuri perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, netizen-netizen yang kreatif ini pula telah menghasilkan beberapa ‘meme’ untuk tujuan ‘troll’ YB Syed Saddiq.

Tak cukup dengan itu, netizen-netizen ni pula mula menyerang YB Syed Saddiq di laman media sosial.

BACA JUGA :   KEVIN SYSTROM DAN MIKE KRIEGER LETAK JAWATAN DARI INSTAGRAM KERANA MARK ZUCKERBERG

Sepatutnya, sebagai seorang menteri yang berkaliber, YB Syed Saddiq patutnya membuat ‘background reading’ dulu sebelum memuatnaik apa-apa di laman media sosial. Maklum sajalah, rakyat Malaysia ni pantang sikit tengok orang buat silap. Sekejap je dah viral.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here