Semalam, atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsudin memuatnaik satu gambar di Instagram dan Facebook beliau, mempersoal dan meminta penjelasan dari YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan negara mengenai beberapa isu yang berlaku.

 

 

 

Irfan Shamsudin mengatakan dan meminta penjelasan dari YB Syed Saddiq yang membubarkan Program Podium bagi para atlet negara yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan terdahulu, YB Khairy Jamaluddin.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Pelan Prestasi Tinggi KBS dalam merealisasikan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain muncul 10 pasukan terbaik pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

Walaubagaimanapun, program ini gagal mencapai objektif kerana tidak mencapai sasaran dalam Sukan Asia 2018 dan Sukan Komanwel Gold Coast, tahun lalu.

Jurulatih Irfan Shamsudin juga dikatakan ditamatkan kontrak serta-merta setelah beliau memecah rekod kebangsaan sebanyak 13 kali, tiga kali bagi Sukan SEA Games Gold dan Asian Championship Silver Medal yang dicapai bersama jurulatihnya itu. Malah, beliau turut menjelaskan elaunnya turut dipotong separuh.

BACA JUGA :   Akhirnya Kemelut Isu Yang Berlaku Terhadap MB Perlis, Selesai

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau turut menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan mula lepas tangan dalam menjaga kebajikan atlet sukan negara.

Irfan turut meluahkan rasa kecewanya kerana beliau tiada jurulatih untuk ke kem latihan dan tiada bajet yang diperuntukkan kepadanya sehingga beliau membeli tiket penerbangan sendiri.

Permohonan untuk menjalankan latihan di luar negara juga tidak diluluskan. Malah, beliau turut membayar sendiri gaji jurulatih baru beliau.

Apakah sebenarnya yang berlaku di dalam Kementerian Belia dan Sukan sekarang? Adakah kementerian mula lepas tangan dan sudah melupakan segala jasa para atlet yang bertungkus-lumus mengharumkan nama negara. Adakah kebajikan atlet-atlet kita diabaikan?

YB Syed Saddiq digesa untuk bertindak dan memberi penjelasan yang sewajarnya mengenai masalah yang membelenggu para atlet negara yang dibiar tanpa tujuan dan bimbingan.

BACA JUGA :   BN Perlis Dijangka Adakan Sidang Akhbar Jumaat Ini

Dengan slogan #youthpower yang diperkenal oleh YB Syed Saddiq, kini mendapat kecaman netizen kerana sepertinya beliau tidak melaksanakan apa yang dikata.

Diharapkan semoga Kementerian Belia dan Sukan dan YB Syed Saddiq dapat memberi penjelasan yang betul terhadap atlet-atlet serta kepada rakyat Malaysia yang mengambil berat mengenai sukan negara.

Tidak seharusnya hanya satu pihak sahaja yang bersungguh untuk memajukan sukan negara. KBS dan para atlet sepatutnya saling bahu-membahu dalam menjayakan sukan negara kita ini.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk permasalahan yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan ini.

 

‘Majulah Sukan Untuk Negara’

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here