Bahasa Arab ramai yang merasakan bahasa ini agak susah untuk belajar. Sedangkan bahasa inilah paling mudah untuk belajar dan difahami.
Pasti anda tidak percayakan bahawa bahasa ini paling mudah untuk belajar. Jika anda berminat untuk belajar Bahasa Arab dan mendalaminya. Jangan risau dengan Madrasah Daulah dapat membantu anda.
#1. Haruslah Berguru
Sudah pasti jika anda mempunyai guru yang begitu mahir dalam bahasa Arab pasti akan mudah untuk belajar. Jika anda belajar melalui youtube atau sendiri anda hanya menghafal dan bukan memahami. Belajar dengan guru yang benar-benar terlatih.
#2. Mempunyai Kamus Bahasa Arab
Kamus paling penting kerana jika anda tidak memahami sesuatu perkataan anda harus mencari di dalam kamus. Dengan kamus anda akan dapat mengetahui erti sebenar perkataan tersebut. Jika tidak mempunyai kamus anda tidak akan mendapat jawapannya.
Apa itu Madarasah Daulah?
Madrasah Daulah adalah sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing sekumpulan para-para pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar), Mesir, yang berada dibawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.
Program-program yang dirangkakan di dalam Madrasah Daulah (MD) adalah bermatlamat untuk membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh sebagai seorang ‘Al-Azhari’ bagi setiap pelajar yang berada dibawah bimbingannya.
Syarat-Syarat Kemasukan ke Madrasah Daulah
Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 14 hingga 21 tahun tanpa mengira latar belakang pendidikan. Disiplin dan keinginan yang tinggi untuk belajar merupakan perkara yang paling diutamakan.
ANDA BERMINAT?
Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Daulah, anda boleh mengisi borang di Google Form.
Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah. Anda juga boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah secara langsung di sini atau (018-9624322).