Padah kerana berlaku biadab dengan memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah di laman Facebook seorang lelaki warga emas ditahan polis.

Statusnya yang tular dan menarik perhatian serta menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara, malah banyak laporan polis dibuat agar tindakan diambil ke atas lelaki terbabit.

Lelaki yang berusia 68 tahun itu ditahan dirumahnya di Taman Sri Layang, Mentakab, kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Asisten Komisioner Zundin Mahmood, Ketua Polis Daerah Temerloh berkata, lelaki terbabit ditahan berikutan laporan polis yang dibuat di Batu Pahat, Johor di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

BACA JUGA :   Jom Kenali Universiti Terbaik bagi pelajar lepasan STAM !

Pihak polis telah bertindak pergi ke rumah lelaki tersebut setelah menerima laporan dan maklumat terbabit.

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Foo Sing Wai, didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Sementara itu, pihak polis akan menyiasat satu lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama Sarkar Tanesan yang turut berkait dengan isu ini setelah dilaporkan oleh Persatuan Kebajikan Ukhwan dan Silaturrahim Pahang (UKHWAH).

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Foo Sing Wai itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini kerana memuat naik status bersama sekeping gambar karikatur yang memaparkan gambar seorang lelaki dan kanak-kanak tanpa pakaian.

BACA JUGA :   Kemalangan Maut Membabitkan 4 Sekeluarga Termasuk Bayi

Gambar lelaki bekenaan dilabelkan sebagai Nabi Muhammad yang berusia 54 tahun, manakala kanak-kanak perempuan tersebut yang memegang patung dilabelkan sebagai Aisyah yang berusia 6 tahun.

Pihak polis berharap agar kejadian ini dapat membuka mata pihak kerajaan untuk lebih mengetatkan undang-undang berkaitan penghinaan. Lebih-lebih lagi apabila negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai kaum yang pelbagai.

Isu-isu agama dan kaum amatlah sensitif dan tidak boleh disentuh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara sebegini hanya mengundang kekeruhan dan perselisihan antara kaum.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here