Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun sebulan meninggal dunia, disyaki akibat jangkitan difteria.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kanak-kanak terbabit tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir dan mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil.

Kanak-kanak tersebut dibawa ke unit kecemasan hospital dalam keadaan lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.

Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari gara-gara difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kanak-kanak itu menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diptherriae dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.

BACA JUGA :   TIPS DIET YANG SEIMBANG SEMASA BULAN PUASA

Penyakit difteria ini disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diptheriae yang menyebabkan gejalan sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endrokarditis (infeksi pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh mengundang maut.

Pemberian imunisasi difteria dapat mengelak daripada jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM mendapat desakan kuat dari pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin kerana keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.

BACA JUGA :   Prosedur Perubatan yang Kejam Pada Masa Lalu

Beliau berkata akan membawa perkara ini dalam mesyuarat pasca kabinet KKM, sekiranya disokong, perkara ini akan di bawa ke peringkat kabinet pula.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here