Anugerah Kasut Emas Hanyalah Sekadar Semburan Emas. Memalukan.

0
2225

Kasut emas dimenangi oleh penjaring terbanyak di Liga Malaysia hanyalah kasut yang disembur dengan warna emas. Sungguh mengecewakan untuk para pemain

Anda pasti merasakan mereka yang memenangi Anugerah ini benar-benar memiliki kasut yang bersalut emas. Seribu kali sayang kerana kasut itu hanya sekadar semburan warna sahaja yang kelihatan seperti emas.

Iksgdfzt o

Pemain yang pernah menerima anugerah ini pasti berasakan tiada nilai di atas perjuangannya selama ini. Gara-gara menerima hadiah cap ayam dan martabat sukan nombor satu di negara ini boleh tercemar.

Ini berikutan pemenang anugerah itu didominasi 13 penggempur import sejak 2004, selain beberapa penyerang tempatan. Antara pemenang dari luar negara termasuk penjaring terbanyak pada 2006 dan 2007, Keita Mandjou dari Guinea dan Paulo Rangel dari Brazil pada 2014.

BACA JUGA :   FAM Tidak Izinkan TMJ Letak Jawatan Selagi Beliau Tidak Melakukan Perkara Ini...

Czflvlgo o

Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni berkata, keperitan dan kesusahan pemain yang bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol seperti tidak dihargai apabila replika Kasut Emas yang diterima sebenarnya adalah semburan warna keemasan saja.

โ€œBayangkan mahu menjaringkan satu gol pun agak susah bagi sesetengah pemain apa lagi kepada pemenang, pasti sudah memberikan persembahan terbaik dan memberikan segalanya demi memenangi anugerah itu.

โ€œNamun, mereka tentu sedih atau kecewa apabila mengetahui hadiah Kasut Emas sebenarnya adalah but yang disembur cat keemasan dan lebih kecewa apabila ia menjadi lapuk atau sudah rosak selepas tempoh tertentu. (Sumber: Metro)

Ro8q6tlm o

Ia dibongkar oleh bekas pemenang iaitu Nizaruddin Yusof yang kecewa dengan pemberian hadiah ini. Seterusnya ia juga dibongkarkan oleh Ashari Samsudin dan Haris Safwan bahawa sememangnya kasut itu hanyalah sekadar semburan emas.

BACA JUGA :   FIFA Umum Ranking Terbaru, Kedudukan Harimau Malaya Jatuh Lagi

Lebih teruk walaupun ia disimpan dengan rapi tetapi tetap akan rosak kerana kasut yang tidak berkualiti dan cat emas itu sendiri akan pudar.

Gx47xmbp o

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu mengambil berat isu ini. Tidak perlu membuat majlis yang gah tetapi hadiah tidak ada nilai di mata pemain yang sentiasa berjuang di atas padang.

Pendedahan ini pasti akan memberi tamparan yang buruk kepada semua pemain. Situasi itu boleh melemahkan moral pemain yang mungkin menganggap keringat dan kesungguhan mereka tidak dihargai oleh pihak berkaitan

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here