Najib Didakwa Dengan Tiga Kes Terbaharu.

0
822

Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilepaskan tanpa dibebaskan diatas tiga pertuduhannya. Tiga tuduhan tambahan itu akan tetap dibincangkan.

Beliau dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi terhadap tiga tuduhan tambahan melibatkan diir dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan.

Dxd9meft o

Permohonan pendakwaan yang diketua Peguam Negara iaitu Tommy Thomas untuk melepas tanpa membebaskan Najib. Pendakwa Raya mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan atau menolak untuk mendakwa pada mana-mana peringkat perbicaraan.

Pada 28 Januari, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan tambhan. Pertuduhan itu adalah pengubahan wang haram dengan menerima wang sebanyak RM47 juta. Ia merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

BACA JUGA :   POLIS PERSILAKAN HISHAMMUDDIN UNTUK MENCARI JHO LOW

Rbzecng2 o

Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1) (a). Dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mohd Nazlan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat bahawa Pendakwa Raya juga mempunyai kuasa untuk mempengaruhi penarikan balik sijil mengikut Seksyen 418A KAJ dengan mengambil kira bahawa tiada penentuan kehakiman yang seksyen ini tidak mengikut perlembagaan berlandaskan kes Semenyih Jaya dan Indira Ghandi.

E1acvw6x oPeguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib bahawa beliau terkejut dengan keputusan makhamah. Perbicaraan akan bermula pada selesa depan.

“Ini bukan ‘kedai nasi kandar’ di mana anda boleh menambah nasi. Perbicaraan akan bermula Selasa depan. Apa yang pendakwaan akan lakukan? Tiga kes baharu ini tiada kaitan dengan kes lama (SRC International). Wang dan akaun bank berbeza,” katanya. (Sumber: Astro Awani)

BACA JUGA :   Datuk Seri Najib Razak perlu DIJATUHKAN ?

Knv83ul0 o

Pada 8 Julai dan 8 Ogos lalu, Najib didakwa dengan tujuh pertuduhan memlakukan pecah amanah, salah guna jawatan dan menerima wang hasil aktiviti haram. Ia membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Jika disabitkan kesalahan Najib bakal dipenjarakan. Hukuman yang memperuntukkan denda maksimun RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Kes ini masih dibicarakan di mahkamah.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here