Pas yang didakwa menerima wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersedia disiasat. Tuduhan itu dilemparkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Isu ini semakin panas apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih bakal berlangsung tidak lama lagi. Biasalah dalam permainan politik akan ada taktik dan isu digunakan. Bagi menarik perhatian dan pikat hati rakyat.
Tiada masalah untuk Pas berkerjasama penuh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wang RM90 juta. Wang yang disyaki daripada hasil pemberian 1MDB. Wang itu di masukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.
Datuk Takiyuddin Hassan yang merupakan Setiausaha Agung Pas bersedia untuk bekerjasama. Beliau telah memberi jaminan pihaknya akan menyediakan segala dokumen yang diperlukan. Dokumen-dokumen yang berkaitan ini akan diserahkan kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan.
Segala penyata akaun bank Pas Pusat akan disertakan sekali. Keluar dan masuk duit akaun bank pas akan membuktikan dakwaan Pas menerima RM90 juta tidak benar. Ini semua hanya dusta dan fitnah semata-mata.
Beliau juga sepenuhnya yakin dengan SPRM sebagai badan yang penun dengan berintegriti. Pihak SPRM mampu menjalankan tugas dan bertanggungjawab secara professional. Pihakya percaya bahawa badan kerajaan itu mengamalkan ketelusan dan sikap bermaruah tanpa pilih kasih.
“PAS juga mengalu-alukan dan menggesa pihak yang kononnya mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu dengan penuh tanggungjawab dan integriti, tampil menamakan secara terperinci serta memberi butiran lanjut mereka yang dikatakan menerima wang terbabit.
“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. (Sumber: Berita Harian)
Pihak SPRM akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu. Antara yang bakal dipanggil ialah Nik Mohamad Abduh Nik Aziz merupakan Ahli Parlimen Bachok.
Kes ini terjadi apabila Portal Sarawak Report menyiarkan laporan bahawa parti itu turut menerima dana RM90 juta. Ia dimasukkan ke dalam aaun bank pimpinan atasan bagi menarik sokongan mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).