Sijil cuti sakit (MC) kelulusan kepada pekerja untuk mendapatkan cuti. Namun, kegiatan orang ramai yang mendapatkan sijil cuti sakit palsu semakin parah.

Ramai pesakit yang berduyun-duyun muncul saban pagi telah membongkarkan kegiatan haram sebuah klinik. Sebuah klinik yang menjual sijil cuti sakit palsu bagi membolehkan mereka mendapat cuti daripada majikan.

Xcexipwx o

Harga yang dijual adalah amat murah dan sememangnya mampu dibeli. Setiap sijil cuti sakit itu dijual pada harga antara RM10 dan RM20 mengikut jumlah hari dikehendaki pesakit. Memang murah sangatlah.

Bukan itu sahaja yang lebih membahayakan ubat yang sudah tamat tempoh turut dijual. Memburukkan keadaan lagi dengan premis klinik itu didapati kotor.

BACA JUGA :   Meneroka sambil Menuntut Ilmu di Timur Tengah

Ylmpb0fz o

Agak pelik mengapa masih ada individu yang sanggup membahayakan diri hanya untuk sijil cuti sakit palsu. Sedangkan gambaran klinik itu sudah menjelaskan segalanya bahawa klinik itu bermasalah.

Tiga kesalahan besar itu membuarkan klinik itu diarah tutup dengan serta-merta semalam. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab dan perintah penutupan premis itu kepada pengendali klinik berkenaan.

P3mfgbq3 o

Pengarah JKNJ, Dr Salahuddin Abd Aziz berkata klinik yang beroperasi dengan seorang doktor dan dua pembantu sejak 1975 itu diberi tempoh 21 hari berkuat kuasa semalam untuk menghentikan operasi.

Ketika penyerahan notis dilakukan lima pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di klinik berkenaan semalam, klinik itu masih beroperasi dan ada pesakit yang menunggu giliran bertemu doktor.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Indonesia Sesi 2021.

Qm2rpk35 o

Difahamkan, kebanyakan pesakit masih datang ke klinik berkenaan kerana mahu membeli MC yang dijual antara RM10 hingga RM20 mengikut jumlah hari dikehendaki ‘pesakit’.

Semua kesalahan telah melanggar Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here