Laporan cuaca menunjukkan daerah Petaling dan Lembah Klang tersenarai dalam antara kawasan gelombang panas hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan sehingga jam 8.15 pagi Selasa, 10 kawasan berada pada tahap 1 gelombang haba, iaitu suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah celcius.

Selain Petaling, Kepong juga tersenarai dalam kategori sama.

Antara kawasan yang turut merasai bahang yang sama adalah Chuping (Perlis); Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak) serta Tangkak, Johor.

MetMalaysia menjangkakan suhu fenomena di beberapa kawasan di negara ini akan terus meningkat pada bulan Mac nanti.

Fenomena ini terjadi berikutan antara Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsoon timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.

BACA JUGA :   Kurangkan Aktiviti Fizikal & Luar Bangunan Musim Panas Ini

Bagaimanapun, pihaknya tidak menjangkakan akan berlaku suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here