Syed Saddiq telah membuat laporan polis kerana telah ditumbuk oleh Pemuda UMNO iaitu Papagomo. Namun, Papagomo menafikannya dan ianya adalah fitnah.

Malah akaun Instagram Papagomo atau Muhammad Azri telah diserang oleh penyokong Syed Saddiq dan juga abangnya iaitu Syed Abdullah. Abangnya beranggapan bahawa tindakan Papagomo adalah amat memalukan dan tidak matang.

W7f16ql4 o

Namun setelah isu itu berlarutan, Syed Saddiq Abdul Rahman menjelaskan yang dia bersedia disaman EXCO Pemuda UMNO itu. Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo yang mendakwa dirinya difitnah. Susulan diatas serangannya terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.

Dirinya tidak takut untuk disaman kerana beliau yakin bahawa dia berada di pihak yang benar. Ahli Parlimen Muar itu juga menegaskan bahawa ramai saksi yang berada di lokasi ketika kejadian serangan itu.

BACA JUGA :   Had Umur Mengundi Malaysia Diturunkan Kepada 18 Tahun?

37sseifa o

Serangan itu berlaku apabila beliau hadir ke Semenyih untuk melihat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Ramai yang menyaksikan kejadian itu termasuk polis berhubungan serangan ke atasnya.

“Terserah kepadanya, saya tiada masalah kerana (saya) berasa di pihak yang benar, tambahan pula ketika itu ramai saksi, termasuk anggota polis ada di situ,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Padang Sintetik Stadium Mini Mak Chili Kemaman kepada Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai, petang hari ini. (Sumber: Metro)

Ilogyzxy o

Selepas laporan polis dibuat, dengan segera Papagomo telah ditahan. Malahan Syed Saddiq juga menyerahkan sepenuhnya kepada polis dan yakin keadilan berada di pihaknya.

“Saya baca kenyataan Papagomo banyak yang berubah-ubah. Dia ada cakap, ‘aku pergi sana siap peluk Saddiq’, dia kata, ‘kau bodohlah Saddiq’.

BACA JUGA :   Barisan Nasional Sudah Lama Terkubur. - Dr Mahathir.

“Kita dah ‘screenshot’ (tangkap layar) kenyataan itu dan hantar pada polis, lepas itu dia tukar kenyataan pula kata ‘tak adalah aku tak peluk (Syed Saddiq) dan cuma pegang bahu sahaja,”. (Sumber: Metro)

J6fluddz o

Papagomo yang dikatakan bertindak dalam serangan ke atas dirinya dengan mencekik leher Syed Saddiq. Sebelum itu, beliau diserang oleh penyokong UMNO dengan kata-kata sesat iaitu hancing dan anjing.

Insiden ini telah tular di media sosial dan ada memaparkan individu Papagomo berlari ke arah Syed Saddiq. Malahan Syed Saddiq turut diiringi anggota polis serta anggota Unit Amal PAS setelah dikejar sekumpulan lelaki.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here