Syed Saddiq ‘Soft Injury’. Papagomo Akan didakwa.

0
846

Syed Saddiq dikatakan mengalami kecederaan ‘soft injury’ akibat perbuatan Papagomo. Kes ini nampaknya belum selesai sepenuhnya lagi.

Papagomo akan di dakwa lagi apabila perbuatannya telah mendatangkan kecederaan pada Syed Saddiq. Isu ini menjadi hangat apabila Syed Saddiq didakwa diserang oleh penyokong Barisan Nasional (BN) semasa beliau menuju ke keretanya.

Uek3zuwj o

Namun Papagomo telah menafikan bahawa dia tidak menyerang Syed Saddiq. Dia berlari ke arah Menteri Belia Sukan itu untuk melindunginya dan memberi nasihat agar tidak membuat provokasi. Dia juga membuat kenyataan bahawa pemimpin itu menfitnah dirinya.

Kes ini menjadi tarikan ramai kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih yang tidak lama lagi akan berlangsung. Sudah banyak permainan yang tidak matang ditunjukkan oleh penyokong parti masing-masing.

BACA JUGA :   BTN & PLKN Dimansuhkan Serta Merta, Kakitangan Terpilih Akan Diserap Ke KBS

Tuyreiqy o

Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa Syed Saddiq mengalami kecederaan ‘soft injury’ pada tisu badannya dan atas sebab kecederaan serius itu, saya dituduh.

“Saya reda dengan hal ini dan akan hadir pada 9 pagi esok Mahkamah Kajang bersama-sama dengan isteri dan sahabat seperjuangan. (Sumber: Metro)

98a9ds2s o

Segala laporan oleh Syed Saddiq akan dinilai semula oleh pihak mahkamah termasuk laporan perubatannya. Jika benar berlaku kecederaan terhadap beliau sudah pasti Papagomo akan dikenakan tindakan yang serius.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi mengesahkan Muhammad Azri akan dituduh di Mahkamah Kajang, esok. Papagomo akan di dakwa dan perbicaraan akan dimulakan semula.

BACA JUGA :   Siapa Kelentong Siapa? Syed Saddiq Bidas Kenyataan Papagomo.

Fneasmpt o

Dalam kejadian 16 Februari lalu, Ahli Parlimen Muar terbabit mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), pada 10.45 pagi.

Susulan kejadian, polis menahan Papagomo di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur keesokannya bagi membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here