Zombi adalah manusia yang memakan otak manusia. Alah anda pasti pernah menonton filem seperti Train to Busan, World War Z and Walking Dead.
Anda pasti pernah mendengar tentang penyakit lembu gila dan anjing gila. Serangan virus yang membuatkan haiwan ini bertindak di luar batasan. Namun bagaimana kalau keadaan yang lebih serius berlaku dalam kalangan rusa?
Rusa haiwan yang jinak dan comel pasti tidak terbayangkan bila haiwan ini bertindak ganas. Pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) sudah mengeluarkan amaran tentang penyakit berjangkit. Penyakit ini boleh membawa maut dan melibatkan haiwan seperti rusa, elk dan moose.
Menurut Portal The New York Post, penyakit kemerosotan kronik (chronic wasting disease – CWD). Ia juga dikenali sebagai penyakit rusa zombi, yang dikhuatiri boleh menjangkiti manusia. Manusia pun boleh bertukar menjadi zombi.
Berdasarkan kajian, ia akan menjejaskan fungsi otak, saraf tunjang dan tisu-tisu lain dalam haiwan. Ia pernah didokumentasikan sebanyak 24 negeri di AS sejak Januari lalu. Kajian itu dibuat di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Penyakit ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk simptom jangkitannya. Ia kelihatan dengan jelas, merebak menerusi cecair tubuh seperti najis, air liur, darah atau air kencing. Malah boleh berjangkit secara terus dari persekitaran. (Sumber: The Huffington)
Lebih membimbangkan, setakat ini belum ada sebarang rawatan vaksin yang dihasilkan. Simptom berkenaan pada rusa ini dikaikan dengan rupa fizikal zombi. Anda pasti tahu bagaimana fizikal zombi.
Kehilangan berat badan secara drastik, langkah yang terhuyung-hayang, kehilangan koordinasi tubuh, air liur meleleh, kehilangan rasa takut pada manusia serta tindakan agresif. Memang menyeramkanlah.
“Tidak mustahil kes CWD boleh terjadi pada manusia jika seseorang memakan daging rusa yang sudah dijangkiti pada masa akan datang,” ujar Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Universiti Minnesota, Michael Osterholm. (Sumber: Astro Awani)
Kajian makmal menunjukan bahasa mutasi CWD mampu menjangkiti haiwan yang berkongsi genetik manusia. Para pemburu di negara-negara yang mengesan penularannya juga dinasihatkan untuk mengenal pasti simptom penyakit CWD sebagai langkah berjaga-jaga.