Jika ditanya mengenai sambung belajar ke luar negara, pasti anak muda berasa gian untuk merasai salji turun dan berkenalan dengan orang baru.  Mencari pengalaman hidup sambil belajar di luar negara pasti sesuatu yang menyeronokkan.

Ingin sambung belajar tapi tidak tahu hendak pilih universiti mana? Di sini terdapat senarai universiti dari beberapa negara yang “top”.

 

#UNIVERSITI DI INDONESIA

  1. Universiti Sumatera Indonesia
  2. Universiti Airlangga
  3. Universiti Hasanudin
  4. Bongor Agricultural Institute
  5. UIN Ar. Raniry, Bandar Acheh
  6. UIN Sultan Syarif Kasim, Riau

 

# UNIVERSITI DI RUSIA

  1. Kursk State Medical University
  2. Nizhny Novgorod State Medical University
  3. Volgograd State Medical University
  4. Moscow Aviation Institution
  5. I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

 

#UNIVERSITI DI BANGLADESH

  1. Dhaka Medical College
  2. Dhaka Dental College
  3. Mymensingh Medical College
  4. Chittageng Medical College
  5. Sylhet M.A.G Osmani College
  6. Bangladesh Agricultural University

Senarai universiti di atas merupakan tempat pengajian yang terbaik buat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita bukan hendak kata belajar di Malaysia terlalu “cliché”, namun belajar di luar negara sebenarnya memberi nafas baru buat pelajar keluar dari “comfort zone”.

BACA JUGA :   Permohonan Kemasukan Ke Universiti Terbaik Di Rusia Masih Dibuka

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan di universiti terpilih ini antaranya pra-perubatan, perubatan, veterinar, pergigian dan kejuruteraan pesawat udara.

Jangan risau, senarai universiti di atas juga telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga Malaysian Qualitification Agency (MQA).

Jika pelajar ingin menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Kursk State Medical University (KSMU) adalah pilihan yang terbaik. Universiti ini turut menyediakan fasiliti yang cukup. Terdiri daripada 633 kakitangan serta 333 pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan 92 orang ahli akademik yang akan memberi tujuk ajak kepada 6, 400 pelajar. Universiti ini juga telah diangkat sebagai Universiti Perubatan Rusia yang terbaik.

Jangan khuatir tentang kelulusan universiti luar jika ingin kerja di Malaysia. Kerajaan turut mengiktiraf universiti ini dan bukan lagi masalah besar buat pelajar Malaysia jika ingin sambung belajar ke luar negara. Di KSMU sendiri turut menyediakan latihan praktikal di Rusia dan juga diberi kebenaran jika praktikal di Malaysia dalam bidang perubatan.

BACA JUGA :   Tawaran Pengajian Ke Bangladesh Untuk Sesi Januari 2021.

Pelajar yang ingin sambung belajar di luar negara, pastikan persediaan dari segi mental dan fizikal kuat. Begitulah adat jika belajar di tempat orang, ada yang “manis” tidak kurang juga yang “pahit”.

Nak belajar di luar negara tapi tidak tahu mana hendak mula?

Daulah Educonsult ada semua jawapannya. Syarikat ini menawarkan segala keperluan pelajar di bumi asing dari tahun pertama sehingga tahun akhir. Tawaran yang disediakan juga turut menarik. Daulah Educonsult (https://daulahmedic.com/) juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari pelbagai kolej dan institiut pengajian di Malaysia yang lain.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara Rusia, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) dan and akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman (019-943 949).

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here