Mufti meminta kerajaan bertindak mengharamkan permainan dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) kerana tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam.

Kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Yusof Ahmad, permainan seperti itu dilihat mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.

Beliau turut menambah, jika hukuman mati mahu dihapuskan tidak mustahil suatu hari nanti senjata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkanlah kesannya.

Ketika ini ramai pihak mengaitkan permainan PUBG dengan serangan keganasan yang berlaku di di dua masjid di Christchurh, New Zealand kelmarin, sehingga mengorbankan 50 nyawa.

Lelaki warga Australia, Brenton Tarrant melakukan serangan bersama empat lagi suspek, yang mana tembakan itu dirakam sendiri menerusi dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook melalui kamera badan dan digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.

BACA JUGA :   Siapa Kelentong Siapa? Syed Saddiq Bidas Kenyataan Papagomo.

Justeru, Datuk Yusof tidak menolak kemungkinan permainan seperti itu memberi kesan terhadap kanak-kanak, budak dan remaja yang sedang membesar.

Dalam kenyataan lain, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengulas kerajaan ingin mengharamkan permainan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) ini.

Syed Saddiq menjelaskan jika seseorang sudah ada fahaman ekstremis, mereka tetap akan lakukan keganasan, sama ada ada atau tidak games (permainan dalam talian).

Dia turut menjelaskan permainan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan keganasan yang berlaku, tetapi ia lebih besar dari itu dan seharusnya kita memberi penghormatan kepada mangsa dan jangan cepat menyalahkan ‘games’.

Syed Saddiq juga berpendapat unsur keganasan harus dikecam oleh rakyat seluruh dunia kerana ia bercanggah dengan prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh rakyat Malaysia dan masyarakat di seluruh dunia.

BACA JUGA :   Syed Saddiq Mulakan Tugas Ketua BERSATU Muar

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here