BAHASA ARAB
Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang paling besar bilangan penuturnya di seluruh dunia. Jika dahulu, ia amat sinonim dengan penutur aslinya khususnya di kawasan Arab Saudi dan juga kawasan yang terdekat dengan negara itu sahaja.
Namun, disebabkan adanya aktiviti penghijrahan, perdagangan dan juga penyebaran ilmu, kini bahasa Arab bukan sahaja sudah dituturkan oleh penduduk di negara-negara lain malah termasuk dalam subjek tertentu dalam sistem pembelajaran di negara tersebut.
1. Faham Bahasa Al-Quran
Dalam banyak-banyak bahasa di dunia, Allah s.w.t menurunkan Al-Quran di dalam bahasa Arab. “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya” (12:2). Istimewa sungguh martabat bahasa Arab. Awal-awalnya memang susah belajar bahasa Arab, tetapi ia akan menjadi mudah bila kita bersungguh-sungguh ingin mendalami Al-Quran. Dengan kemahiran bahasa Arab yang anda miliki, mudah sekali anda memahami makna ayat-ayat Al Quran. Jika anda mampu membaca Al-Quran setiap hari, maka bahasa Arab tidak susah bagi anda.
2. Lain Dari Yang Lain
Bagi individu yang sering ditemuduga, anda boleh nyatakan kebolehan anda bertutur dalam bahasa Arab sebagai satu kelebihan. Ia boleh dijadikan sebagai satu nilai tambah di pihak anda berbanding calon-calon lain. Cuba bayangkan anda ditemuduga oleh sebuah syarikat gergasi oil & gas milik Arab Saudi. Dengan kelebihan bahasa Arab yang ada, jawatan tersebut mungkin menjadi milik anda. Tidak rugi bukan?
3. Melancong
Siapa yang tidak gemar melancong sambil membeli-belah? Lebih-lebih lagi dengan keluarga tersayang. Kebiasaannya para pelancong akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara semasa membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Namun jika tidak berhati-hati, anda boleh ditipu! Sesetengah peniaga mengambil kesempatan ke atas pelancong-pelancong asing. Oleh itu, perkara ini dapat anda elakkan apabila anda menguasai berbahasa Arab. Secara tidak langsung, risiko penipuan dah salah faham dapat dielakkan dari berlaku kerana anda boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka. Malah mereka akan beri free gift kepada anda! Oleh itu anda tidak perlu risau jika melancong ke Jordan, Mesir, Kuwait, Qatar, Abu Dhabi dan sebaginya. Pengalaman peribadi penulis menunaikan umrah bersama keluarga, banyak urusan yang dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar. Misalnya urusan proses visa, imegresen, kastam, menempah hotel, membeli barang keperluan, dan menunjuk arah.
4. Pendapatan Sampingan
Banyak cara untuk anda menambah pendapatan tambahan dengan bahasa Arab. Contohnya dengan menterjemahkan pelbagai jenis dokumen dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Anda juga boleh menjadi jurubahasa atau interpreter kepada orang kenamaan dari negara Arab di majlis-majlis rasmi, majlis-majlis di kedutaan asing, majlis tandatangan kontrak perniagaan/pelaburan, lawatan kerja dan berbagai lagi. Di samping itu, anda boleh menjadi penulis/kolumnis sambilan dalam majalah/akhbar bahasa Arab. Anda juga boleh menjadi tutor atau menjalankan kelas-kelas tuisyen di kawasan kejiranan anda. Selain dapat menambah duit poket, anda juga dapat pengalaman baru!
5. Peluang Sambung Belajar
Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara-negara Arab, inilah masanya anda mengasah kemahiran berbahasa Arab sebelum terbang ke sana! Kuasai sepenuhnya cabang-cabang ilmu dalam
bahasa Arab. Selain itu juga, anda boleh melatih diri menjadi lebih berdisiplin dan berani untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab misalnya seperti pidato dan debat. Jika menyambung pelajaran ke negara Arab, anda tidak semestinya harus memilih bahasa Arab. Di Jordan misalnya, anda boleh mengambil jurusan perubatan dan pergigian di sana. Di Mesir pula, anda berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Tahfiz dan Qiraat.
6. Pemudahcara
Oleh kerana ramai warga negara Arab di Malaysia yang bekerja, membangunkan bisnes sendiri, mahupun menyambung pelajaran, rata-ratanya mereka masih belum dapat mengusai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik. Jadi di sinilah peranan anda sebagai orang tengah atau pemudahcara bagi mereka. Mereka berbesar hati sekiranya ada orang yang pandai berbahasa Arab sudi membantu dalam urusan-urusan mereka. Contohnya urusan kontrak perniagaan, urusan sewa rumah/kereta dan sebagainya. Ambil upah atau tidak, terserah anda. Setidaknya mereka belanja minum tanda meraikan pertolongan kita.
7. Peluang Pekerjaan
Bahasa Arab merupakan nadi penghubung dalam kebanyakan hal lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan rasmi antara dua negara asing. Dengan kebolehan anda berbahasa Arab, anda akan diberi kepercayaan oleh bos anda untuk menguruskan banyak perkara yang berkaitan. Contoh mudah seperti petugas haji dan mutawif umrah selain boleh merebut peluang pekerjaan dengan memohon berbagai jawatan yang memerlukan bahasa Arab sebagai syarat utama. Jika bekerja di negara asing, anda boleh menetap di sana sehingga tamat berkhidmat. Peluang yang menarik bukan?
Berita baik untuk anda! Tawaran kemasukan untuk menyertai kursus bahasa arab di luar negara KINI DIBUKA. Daulah Edu ada menawarkan Kursus Bahasa Arab di Negara Mesir dan Jordan.
Di Jordan
- Anda boleh memilih antara 2 sesi samada pengajian selama 4 bulan (Sesi Januari dan Mac) atau 1 bulan (Sesi cuti sekolah 2019)
- Pembelajaran di Universiti Zarqa’
Pakej yang ditawarkan termasuk :
- Yuran pengajian
- Tiket penerbangan dua hala ke Jordan dan Malaysia
- Urusan visa pelajar
- 4 bulan penginapan (Sesi 4 bulan – Januari dan Mac)
- Buku & Kamus
Di Mesir
- Sesi pengajian selama 3 bulan (Dibuka setiap bulan)
- Pembelajaran di Markaz Nile
Pakej yang ditawarkan termasuk :
- Yuran pengajian
- Tiket penerbangan sehala ke Mesir
- Urusan visa pelajar selama 3 bulan
- 2 bulan penginapan
- Buku & Kamus
Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai.
Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.