Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini.

Pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi di sekolah masing-masing pada hari yang sama.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula10.00 pagi, 14 Mac 2019 dan akan ditamatkan pada 6.00 petang 20 Mac 2019. Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

Keputusan SPM sebenarnya merupakan “tiket” untuk menyambung pengajian ke bidang yang lebih tinggi. Di sini, terdapat pelbagai cara jika ingin sambung pengajian selain dari mengambil Diploma.

#1. HALA TUJU SELEPAS SPM

Berikut ialah cabang yang perlu di pilih pelajar bagi melanjutkan pelajaran.

  • Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM)

Pengajian ini mengambil tempoh selama dua tahun. Ia juga menjimatkan kos kerana tiada yuran yang tinggi perlu dibayar. Pelajar boleh melanjutkan pengajian di sekolah-sekolah yang menawarkan STPM sahaja. Pada peringkat STPM, bidang pengajian tebahagi kepasa Sains, Sastera dan Sejarah. Ini boleh menjimatkan kos pelajar seterusnya dapat sambung pengajian di luar negara.

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Pengajian ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Masa pengajian juga mengambil masa selama dua tahun. Mata pelajaran yang ditawarkan kebiasaanya berkaitan dengan bidang keagamaan seperti Nahu, Fiqh, Tauhid dan lain-lain. Pelajar yang mengambil peperiksaan STAM secara umumnya akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar.

  • Technical Vocational Education Training (TVET)
BACA JUGA :   Remaja Bakar Tahfiz Dipenjara Sehingga Dapat Pengampunan Dari Agong

Program yang semakin mendapat perhatian para pelajar dan masyarakat. Pelajar akan dilatih mengikut bidang industri yang disediakan. Pengajian ini akan membentuk suasana pelajar ke alam pekerjaan. Program ini turut beri pengajian ke peringkat ‘Advance Diploma’.

  • International Baccalaureate (A-Level/ O-Level)

A-Level ialah salah satu program yang ditawarkan sebelum menyambung pengajian ke luar negara. Terdapat juga ujian peperiksaan yang perlu dilakukan pelajar sepanjang tempoh pengajian. Ia juga bergantung kepada bidang yang di ambil pelajar.

Rancang pengajian anda atau mungkin menyesal dikemudian hari. Sumber foto: jixifox

  • Matrikulasi

Program ini di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tempoh pengajian bergantung kepada prestasi pelajar sama ada setahun atau dua tahun. Kemasukan pelajar akan dinilai mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Progam ini terbahagi kepada Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan. Pelajar juga akan diberi elaun sepanjang tempoh pengajian.

  • Diploma

Program diploma mengambil masa selama tiga hingga ke empat tahun bergantung kepada kos pengajian yang di mohon. Sekiranya pelajar mengambil diploma dibawah universiti kerajaan, kos pengajian juga dapat dikurangkan. Pinjaman dan biasiswa turut disediakan bagi pelajar yang memohon.

  • Program Asasi
BACA JUGA :   Kemasukan Terhad di Madrasah Daulah

Progam yang perlu di ambil sebelum melanjut pengajian ke luar negara. Program ini mempunyai syarat yang ketat berbanding matrikulasi. Tempoh pengajian juga bergantung sama ada setahun mahupun dua tahun.

Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah universiti sahaja. Bagi program ini, kerajaan menanggung sebahagian besar kos pengajian manakala selebihnya dibayar oleh pelajar. Pelajar perlu menanggung sepenuh kos yuran sekiranya mengambil asasi di institusi swasta.

 

#2. MASIH MERANCANG MASA DEPAN ?

Daulah Educonsult bukan lagi nama asing dikalangan pelajar Malaysia. Daulah Educonsult merupakan organisasi yang menguruskan pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara. Pelbagai bidang yang ditawarkan seperti pra-perubatan, veterinar, perubatan, farmasi, kejuruteraan, pergigian, pengajian islam dan banyak lagi.

Negara yang ditawarkan bawah Daulah Educonsult antaranya, Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh, dan Mesir. Bagi sebarang konsultasi boleh rujuk Daulah Educonsult untuk maklumat lanjut.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman dalam kadar yang segera.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here