Maahad Buuth Al-Azhar adalah sebuah institusi pendidikan dibawah Universiti Al-
Azhar, Mesir. Kedudukan Maahad ini hanya mengambil 5 minit sahaja dari
kampus utama Al-Azhar dan 3 minit dari Asrama Rumah Melayu Abasiah,
Kahirah.
Bagi pelajar Malaysia, kelayakan untuk masuk ke Universiti Al-Azhar adalah
melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ataupun Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Selain dari itu, harus menuntut ilmu dahulu di Maahad Buuth sebelum
layak untuk menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar. Kebanyakan penuntut di
Maahad Buuth adalah dari negeri selain dari Arab, seperti dari Benua Eropah,
Afrika, Amarika dan beberapa negara Asia.
Pendaftaran Maahad Buuth
Pendaftaran bagi kemasukan ke Maahad Buuth selalu bertukar mengikut tahun
dan kehendak pengurus kemasukan Maahad. Kerana menjadi adab sebahagian
Arab Mesir, mereka mempunyai sistem birokrasi yang tinggi.
Di Maahad Buuth ini tiada yuran bulanan mahupun tahunan yang harus dibayar
oleh pelajar melainkan bayaran kitab.
Selepas mendaftar pelajar akan menduduki peperiksaan penentu tahap sebelum
memasuki kuliah. Tempoh menunggu nama pelajar naik selama 1-2 tahun
mengikut kitaran waktu tertentu.
Kuliah di Maahad Buuth
Maahad Buuth terdapat 6 tahap kuliah. 1 kelas secara puratanya menempatkan
seramai 20 – 30 orang.
Berikut adalah senarai subjek yang pelajar akan ambil semasa di Maahad Buuth :
1. Fiqh
2. Tauhid
3. Hadis
4. Khat
5. Nahu
6. Sorof
7. Insya’
8. Tauhid
9. Sirah
10.Imla
11. Tajwid
12. Al Quran
13. Sains
14 .Komputer
15. Matematik
16. Geograf
17. Sejarah
18. Bahasa Inggeris
Kelas adalah dari 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi
setiap hari. (Setiap tahap kelas mempunyai subjek yang berbeza) Suasana Dan Kelebihan
Di Maahad Buuth banyak kelebihannya, terutamanya dari persediaan sebelum
menuntut di Universiti Al-Azhar, bahasa dan umur. Pelajar di Maahad terlebih
dahulu di dedahkan dengan suasana pembelajaran di universiti berbanding
mereka yang mengambil STAM terus ke universiti.
Semasa kuliah, ibarat seperti di sekolah. Diantaranya ada pertukaran kelas,
berbual dan berguarau dalam bahasa arab dan juga mempunyai kawan-kawan
dari pelabagai negara.
Diantara penuntut Maahad Buuth terdiri daripada mereka lingkungan umur
lepasan UPSR dan PMR sehingga yang sudah berumah tangga.

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Daulah, anda boleh mengisi borang di Google Form.

BACA JUGA :   KSMU: Universiti Perubatan yang Terbaik di Rusia

Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah. Anda juga boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah secara langsung di sini  (018-9624322).

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here