Program Madrasah Daulah terletak di Mesir. Madrasah Daulah adalah sebuah program yang menguruskan dan membimbing sekumpulan pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sek. Men. Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) yang berada dibawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Madrasah Daulah menekankan dan menumpukan perhatian yang serius terhadap para pelajar didalam beberapa aspek :

✔️ Pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian yang mulia.

✔️ Pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu moden serta kemahiran-kemahiran.

✔️ Hafazan dan Al-Quran dan bacaan Al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih.

✔️ Pembentukkan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ (keperibadian seorang ‘Azhari’) yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff, dengan penghayatan yang mendalam.

 Syarat Kelayakkan

BACA JUGA :   Belajar Di Universiti Al-Azhar, Mesir Tanpa Sijil SPM/STAM Menerusi Madrasah Daulah.

✔️ Terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 21 tahun tanpa mengira latar belakang pendidikan.

✔️ Disiplin dan keinginan yang tinggi untuk belajar merupakan perkara yang paling diutamakan.

✔️ Berminat untuk mempelajari ilmu agama

✔️ Bersedia mengikut peraturan & aktiviti yang di tetapkan

Semasa di Madrasah Daulah

Di Madrasah Daulah pelajar akan mempelajari Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Talaqqi Kitab bersama Syeikh, Pengajian Umum, Pengajian Bahasa Arab dan Program Study Tour sementara menunggu nama pelajar naik (dalam tempoh 1-2 tahun) untuk ujian kemasukkan ke Mahaad Buuth. Ujian tersebut akan menentukan pelajar Ke Mahaad Buuth (Sekolah Menengah) atau Dirosah Khossoh (Pra-Menengah).

Mahaad Buuth (Menengah)

Mahaad Buuth adalah sebuah sekolah kebajikan Antarabangsa dibawah Universiti Al-Azhar. Disini pelajar hanya perlu menanggung kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja. Manakala yuran, gaji guru, ditanggung sepenuhnya oleh bahagian kebajikan Universiti Al-Azhar. Tempoh pengajian di Mahaad Buuth (4-6 tahun) sebelum ke Universiti Al-Azhar.

BACA JUGA :   Pendaftaran Dibuka Belajar di Luar Negara

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Daulah, anda boleh mengisi borang di Google Form.

Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah. Anda juga boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah secara langsung di sini  (018-9624322).

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here