George Town, 20 Mac 2019 – Kira-kira 200 umat Islam di Pulau Pinang mengadakan majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat bagi memohon kesejahteraan umat Islam susulan insiden tembakan rambang di dua buah Masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 nyawa.
Katanya, pihaknya turut mendoakan agar semua mangsa khususnya tiga rakyat Malaysia yang cedera segera sembuh.
“Kita mahu majlis malam ini menjadi satu contoh bahawa kita tidak akan menentang keganasan dengan cara lagi ganas tetapi dengan cara yang aman,” katanya.
Menurut beliau, Kerajaan Pulau Pinang juga sudah menghulurkan bantuan sewajarnya dengan membawa ahli keluarga salah seorang mangsa serangan dari negeri itu Rahimi Ahmad ke New Zealand bagi melihat sendiri keadaan anak mereka.
Katanya, dengan bantuan itu secara tidak langsung dapat meringankan beban serta kebimbangan keluarga dari Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang itu.
Sehingga kini tiga rakyat Malaysia, Rahimi Ahmad, 39, Mohd Tarmizi Shuib, 46, dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, yang tercedera dalam kejadian itu masih dirawat di Hospital Christchurch manakala anak sulung Mohd Tarmizi iaitu Haziq, masih belum ditemui.