Image result for jumpa mayat bayi di sungai

Sikap ingin tahu dua orang nelayan yang menemui sebuah beg di permukaan sungai terkejut apabila ia membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki.

Bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah beg galas di tengah Sungai Beris Tok Ku, Penarik, dekat sini, kira-kira jam 4 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris berkata, ketika itu nelayan terbabit sedang mencari bubu sebelum ternampak beg galas berwarna biru timbul di tengah sungai.

Menurut Zulkifli, lelaki berkenaan kemudiannya mengambil beg galas itu lalu meletakkannya di atas perahu rakannya sebelum bertindak membukanya. Apabila beg galas dibuka, mereka terkejut besar apabila mendapati ada mayat bayi di dalamnya. Mereka kemudianya membawa mayat itu ke jeti dan menghubungi polis.

BACA JUGA :   Lelaki Ditikam, Dilanggar Di Stesen Minyak Johor Bahru

Mayat bayi ditemui dalam beg galas di tengah sungai

“Setakat ini, berdasarkan kepada fizikal mayat yang dijumpai, saya percaya mayat masih baru. Baru dilahirkan. Dan kita sedang menunggu keputusan daripada bedah siasat yang akan dijalankan pada esok hari (Jumaat)”.

Beliau berkata mayat yang dipercayai dihanyutkan ke sungai itu dibawa ke unit forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab di sebalik kejadian ini.

Image result for jumpa mayat bayi di sungai

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here